Awasi Pintu-pintu Syaitan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barakah 😘

Pintu-pintu syaitan itu ada banyak! Mari kita ketahui supaya boleh berwaspada.

1) Marah
  • marah merosakkan akal. Jika akal lemah syaitan akan mula menghasut dan mereka akan ketawakan kita.
  • jika situasi kita seperti ini minta perlindungan kepada Allah dengan membaca 


2) Kedekut
  • "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itu lah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Surah As-Saff : 10-11)



3) Makan kekenyangan
  • makanlah sekadar keperluan kerana perut yang terlalu kenyang akan memperkuat nafsu dan menjadi senjata kepada syaitan.

4) Tergesa-gesa
  • "Berhati-hati itu datang dari Allah SWT, sedangkan tergesa-gesa itu datang daripada syaitan." (Hadis Hassan)

5) Bersangka buruk
  • jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada Muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu berasa lebih baik darinya.
  • seharusnya seorang Mukmin selalu mencari kebaikan dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari 'aib orang lain.

6) Hasad dengki
  • mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang sama ada nikmat agama atau dunia.
  • apabila dia melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain dia merasa ini hati, dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.

Itu lah uolls. Awasi pintu-pintu syaitan ni. Jangan kita senang hati 'buka' pula tau!

Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 untuk dapatkan supplemen kesihatan Shaklee 😊

Comments

Popular Posts