11 Makanan Untuk Mengukuhkan dan Mencantikkan Kulit

Assalamualaikum semua 👋

Apabila kita makan makanan yang sihat, kita akan berasa lebih baik dan lebih sihat. Kita menjadi lebih bertenaga, lebih kuat, dan rupa paras kelihatan lebih baik juga kan!

Kajian telah menunjukkan bahawa diet boleh mempunyai kesan secara langsung terhadap kulit. Ia juga mempengaruhi tahap hormon dalam badan. Makan makanan yang betul boleh mengurangkan keradangan pada kulit.

1) Air

Air sememangnya perkara pertama dalam setiap senarai. Banyak minum air bermakna kulit kelihatan lebih anjal dan kedutan berkurangan. Minum banyak air membantu kita menggantikan makanan-makanan yang tidak sihat seperti minuman yang mengandungi banyak gula. Apabila tahap gula dalam darah adalah tinggi, gula menempel pada protein dalam kolagen. Inilah yang menjadikan kulit berkedut.

2) Yogurt

Greek yogurt tinggi dalam protein dan protein menjadikan kulit lebih kukuh dan dapat menghilangkan garis-garis halus.

3) Buah delima

Antioksidan adalah sangat penting dalam penjagaan kulit. Antioksidan membantu menghilangkan garis-garis halus dan melembapkan kulit. Buah delima sarat dengan antioksidan polifenol. Mereka melawan radikal bebas dan mengawal aliran darah menjadikan kulit lebih sihat berseri. Selain daripada makan banyak buah-buahan segar, minum segelas jus buah delima yang 100% organik setiap hari untuk kulit yang cantik.

4) Kacang merah

Kacang merah mengandungi mineral zink yang boleh membantu mengurangkan jerawat. Makanan yang kaya dengan zink seperti kacang merah boleh membebaskan kulit daripada cela.

5) Biji bunga matahari

Biji bunga matahari tinggi dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya daripada matahari.
6) Oatmeal

Semangkuk oatmeal untuk sarapan pagi adalah cara terbaik untuk memastikan tahap gula dalam darah stabil. Semakin tinggi tahap gula dalam darah semakin tinggi hormon berbahaya dihasilkan oleh tubuh badan. Gula dalam darah yang tinggi penyebab banyak kedutan.

7) Teh hijau

Jika kulit senang menjadi kemerah-merahan, amalkan meminum teh hijau. Ia adalah sangat tinggi antioksidan yang dipanggil EGCG yang melawan keradangan. Hanya satu cawan sehari untuk perubahan kulit yang ketara.

8) Lada benggala dan lobak merah

Sebenarnya semua sayur-sayuran yang berwarna kuning atau oren mempunyai paras karotenoid yang tinggi. Ini adalah antioksidan yang mengurangkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari seterusnya mengelakkan crow's feet terjadi.


9) Coklat gelap

Coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko sangat bermanfaat untuk melembapkan kulit dan menjadikannya lebih anjal. Coklat gelap mengandungi flavanols, sejenis antioksidan yang kuat.

10) Susu badam

Untuk mengurangkan keradangan kulit, gantikan produk tenusu dengan susu badam yang sesuai ditambah ke dalam kopi dan resipi-resepi lain. 

11) Kopi

Meminum kopi setiap pagi membantu mengelakkan kanser kulit. Kajian di Eropah menunjukkan bahawa meminum 6 cawan kopi sehari menurunkan risiko kanser kulit sebanyak 30%. Satu cawan sehari juga baik dan pastikan ianya kopi organik yang tidak ditambah gula atau krimer.

SUMBER





Comments

Popular Posts