10 Snek Sihat Sebagai Pilihan Bijak Yang Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum uolls 👋

Menikmati snek di antara hidangan utama membantu menghalang rasa lapar yang berlebihan. Snek juga boleh membantu kita mendapatkan tambahan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Sebaliknya snek dengan nilai nutrisi yang sedikit mungkin mengakibatkan kita makan terlalu banyak semasa menikmati hidangan utama. Bolehkah snek menjadi sebahagian daripada diet yang sihat? Tentu sekali! Apabila memilih snek, pilih satu dengan protein, lemak sihat dan/atau serat. Semua nutrien ini mengambil masa yang lama untuk dihadamkan, jadi kita berasa kenyang lebih lama. Snek juga adalah cara yang terbaik untuk menambah nutrien harian sebagai contoh snek lobak merah dengan hummus, epal dengan almond butter atau biskut whole-grain dengan keju.

10 snek sihat sebagai pilihan bijak yang boleh membantu menurunkan berat badan:

1) Badam

Kekacang adalah snek yang tergolong dalam snek sihat. Walaupun kekacang berlemak, satu kajian mendapati bahawa orang yang mengunyah badam (sehingga 40 kunyahan) berasa kenyang lebih lama daripada orang-orang yang mengunyah kekacang lain dalam masa yang kurang. Badam mengandungi serat, protein dan lemak sihat.

2) Limau gedang

Limau gedang mengandungi kira-kira 100 kalori dan 4 gram serat. Ia juga memberikan 100 peratus keperluan vitamin C seharian untuk wanita. Satu kajian mendapati bahawa memakan limau gedang setiap kali pada waktu makan menghilangkan sehingga 3 1/2 paun berat dalam masa lebih tiga bulan. Para penyelidik juga mendapati limau gedang boleh mengawal selera dengan membantu menurunkan paras insulin.

3) Kacang kuda

Kacang kuda mengandungi serat yang mengenyangkan dan sedikit protein. Ia sesuai untuk mereka yang sangat menjaga berat badan. Setengah cawan kacang kuda mengandungi lebih kurang 100 kalori, 5 gram protein dan 5 gram serat.

4) Anggur

Walaupun anggur adalah jenis buah yang manis ia sesuai dijadikan pemanis mulut kerana 1 cawan anggur mengandungi sekurang-kurangnya 100 kalori. Jadi tidak perlu lagi kita mengambil pemanis mulut tambahan setiap kali selepas makan.

5) Dark chocolate

Sekali sekala tidak salah menikmati dark chocolate sebagai snek kerana dark chocolate mengandungi flavanols iaitu sejenis antioksidan yang kuat.

6) Popcorn

Popcorn tinggi serat dan mengandungi sedikit protein. Kira-kira 3 cawan popcorn mengandungi 4 gram serat, hampir 4 gram protein dan 110 kalori. Kombinasi ini menjadikannya snek yang popular.  Popcorn sebenarnya sejenis whole-grain dan 3 cawan adalah satu hidangan yang secukupnya jika dibandingkan dengan makanan ringan yang rangup dan masin seperti kerepek kentang.

7) Yogurt

Jadikan snek sebagai mengisi kelompongan nutrisi seharian. Pilih yang membekalkan kalsium dan serat, dua nutrien yang sering diambil ringan. Yogurt dengan buah-buahan mengandungi kalsium dan serat termasuklah protein dan probiotik untuk usus yang sihat. Pilih yogurt biasa dan tambah sendiri buah-buahan sebagai kemanisan semulajadi dan serat. Yogurt berperisa sering mengandungi gula tambahan dan kalori yang berlebihan. Susu dan yogurt rendah lemak adalah pilihan yang sihat juga. Greek yogurt pula mempunyai hampir dua kali protein berbanding yogurt biasa.

8) Hummus

Hummus ialah sejenis pencicah yang diperbuat daripada kacang kuda atau kekacang lain yang dimasak dan lecek, dicampur dengan tahiniminyak zaitun, jus lemon, garam dan bawang putih. Ianya popular di seluruh Timur Tengah (termasuk Turki), Afrika Utara (termasuk Maghribi) dan dalam masakan Timur Tengah di seluruh dunia. 100 gram hummus mengandungi 177 kalori dan merupakan sumber vitamin B6mangan dan serat. Ia adalah sumber yang baik bagi proteinvitamin C, folatfosforusbesizinktembaga dan natrium. Jadikan hummus snek sihat sebagai pencicah dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, tomato dan timun.



9) Oatmeal

Oatmeal adalah karbohidrat kompleks yang membantu kita berasa kenyang tanpa mengakibatkan gula dalam darah meningkat. Ia adalah satu sumber serat yang baik dan membantu menurunkan berat badan. Oatmeal tidak hanya sesuai sebagai sarapan, mangkuk kecil oatmeal boleh dijadikan snek lazat dan mengenyangkan. Snek oatmeal mudah ialah seperti sepeket atau dua oatmeal segera yang tidak ditambah gula dan overnight oat yang semakin popular.



10) Buah-buahan kering

Buah-buahan kering adalah snek yang sihat dan mudah dibawa ke mana-mana. Buah-buahan membantu dalam penurunan berat badan kerana ia kaya dengan serat dan mengandungi vitamin dan mineral penting. Buah-buahan tanpa gula atau pemanis yang ditambah dan buah-buahan kering dengan kekacang adalah snek yang mengandungi karbohidrat sihat dan protein. Buah-buahan kering adalah pilihan yang tepat di tempat kerja.

Snek sesuai ditambah ke dalam diet seharian sekiranya seseorang itu mencuba untuk menurunkan berat badan. Snek yang sihat membantu menambah nutrien yang terkurang dan menghalang daripada makan berlebihan ketika menikmati hidangan utama. Apa yang penting snek mestilah mengandungi serat, protein, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

SUMBER



Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Boleh la cuba snek2 ni..

    ReplyDelete
  2. Boleh Lah mama jadikan rujukan.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Kak laili pun mmg suka mengunyah 🤣

      Delete
  3. info menarik ni . Nak kena jadikan habit ambil benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak mengunyah je kita pilih yang sihat-sihat 😉

      Delete
  4. Thanks for sharing, Bo;ih le cuba amalkan.

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts