17 Tips Berkesan Kurangkan Gout

Assalamualaikum semua đź‘‹

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Gout terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki.

Pesakit berasa seolah-olah ada serpihan kaca tajam di setiap sendi yang menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat setiap kali bergerak.




Jom tengok 17 tips berkesan kurangkan gout.

1. Halia

Halia bersifat anti radang dan boleh mengurangkan keradangan yang berlaku akibat gout. Masukkan halia ke dalam makanan yang setiap hari atau boleh juga minum air halia. Cara membuat air halia:

• Ambil 1 inci halia, ketuk sehingga hancur.
• Ambil satu ketul gula batu atau satu sudu madu asli.
• Campurkan kedua-dua bahan tadi dengan satu gelas air panas.
• Kacau sehingga sebati.
• Minum setiap pagi dan malam.

2. Halia, halba, kunyit & madu

Minuman halia, halba, kunyit & madu sangat berkesan untuk menghilangkan gout. Caranya:

• Ambil 1 inci halia, ketuk.
• Ambil 1 sudu halba.
• Ambil 1 sudu serbuk kunyit.
• Ambil sedikit madu untuk rasa manis.
• Campurkan kesemua bahan tadi dalam satu gelas air panas.
• Kacau sehingga sebati.
• Minum 2 kali sehari: pagi dan malam.

3. Teh halia

Untuk pesakit gout, amalkan minum teh halia setiap hari. Bancuh teh bersama halia yang diketuk untuk meneutralkan asid urik yang terkumpul dalam badan. Apabila asid urik dalam badan berkurangan, secara automatik penyakit gout juga akan beransur-ansur hilang.

4. Pes halia

Selain itu, boleh juga dijadikan halia sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang sakit. Caranya:

• Tumbuk halia sehingga hancur.
• Campurkan sedikit air. Pastikan tidak terlalu cair.
• Tampalkan pada sendi yang sakit.
• Biarkan selama satu jam. Kemudian cuci bersih.
• Lakukan setiap kali sendi berasa sakit.

5. Epal

Buah epal mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dengan cara meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Makan sebiji epal setiap pagi dan malam, atau boleh juga dijadikan sebagai jus.

6. Cuka epal

Cuka epal telah lama digunakan di negara barat sebagai ubat gout. Cuka epal yang bersifat asid membantu menghilangkan kesakitan akibat gout dan artritis. Caranya:

• Ambil satu sudu cuka epal.
• Larutkan dalam satu gelas air suam.
• Kacau sehingga sebati.
• Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripada mengambilnya semasa perut kosong.

7. Cuka epal & madu

Boleh juga menambahkan satu sudu madu ke dalam cuka epal untuk diambil setiap hari. Caranya:

• Ambil satu sudu cuka epal & satu sudu madu asli.
• Larutkan dalam satu gelas air suam.
• Kacau sehingga sebati.
• Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripada mengambilnya semasa perut kosong.

8. Ceri hitam

Ceri hitam mempunyai antosianin yang membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Selain itu, ceri hitam berfungsi untuk membuang toksin daripada badan. Ada beberapa cara untuk menggunakan ceri sebagai ubat gout iaitu:

• Amalkan makan 20 biji ceri hitam setiap hari. Boleh dimakan sekali gus atau sedikit demi sedikit dari pagi hingga malam.
• Boleh juga dikisar ceri hitam untuk dijadikan jus.

9. Ceri hitam & bawang putih

Amalkan minum jus ceri hitam & bawang putih setiap hari. Cara membuat jus ini ialah:

• Ambil 20 biji ceri hitam.
• Ambil satu ulas bawang putih.
• Bersihkan dan kisar kedua-dua bahan tadi bersama satu gelas air.
• Minum setiap pagi.

10. Jus lemon

Lemon yang bersifat asid mempu meneutralkan lebihan asid urik dalam badan. Amalkan minum jus lemon setiap pagi dan malam.

11. Jus lemon & baking soda

Selain jus lemon, boleh juga dijadikan amalan jus lemon yang dicampur dengan baking soda. Caranya:

• Perah jus dari satu biji lemon.
• Campurkan satu sudu baking soda, tunggu sehingga desiran hilang.
• Campurkan jus lemon dan baking soda tadi dengan satu gelas air suam.
• Minum setiap pagi dan malam.

12. Baking soda

Baking soda mempu mengurangkan asid urik dalam badan dan mengurangkan keradangan akibat gout. Caranya:

• Ambil satu sudu baking soda.
• Campurkan dengan satu gelas air kosong.
• Minum 4 kali sehari.

13. Pisang

Kandungan kalsium dalam pisang mampu mencairkan kristal asid urik kepada cecair untuk dibuang daripada badan melalui sistem perkumuhan. Selain itu, pisang juga membantu mengurangkan bengkak pada sendi sekali gus mengurangkan kesakitan. Makan 2 biji pisang setiap pagi dan malam untuk mendapat manfaatnya.

14.  Pisang & yogurt

Boleh juga mencampurkan pisang dan yogurt sebagai ubat gout yang berkesan. Caranya:

• Potong 2 biji pisang.
• Campurkan pisang tadi dengan satu mangkuk yogurt asli.
• Makan 2 kali sehari.

Rasanya sangat sedap, dan ia membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan yang dialami.

15. Timun

Timun yang sejuk mampu meneutralkan asid urik berlebihan yang ada dalam badan. Gunakan timun sebagai ubat gout dengan cara:

• Makan timun sebagai ulam setiap hari.
• Jadikan timun salah satu menu dalam hidangan.
• Jadikan timun sebagai jus untuk diminum setiap pagi dan malam.

16. Pes timun

Selain itu, boleh juga jadikan timun sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang bengkak dan sakit. Caranya:

• Hancurkan timun sehingga menjadi pes.
• Tampalkan pada sendi yang bengkak dan sakit.
• Biarkan selama satu jam.
• Ulang jika masih berasa sakit.

17. Arang aktif

Arang aktif memiliki keupayaan untuk menyerap asid urik daripada badan. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan arang aktif sebagai ubat gout iaitu:

• Jadikan sebagai mandian. Campurkan arang aktif dengan satu gayung air. Jadikan ia sebagai bilasan terakhir selepas setiap mandian. Lakukan 2 kali seminggu.
• Jadikan sebagai air rendaman. Apabila berasa sakit, rendamkan bahagian yang sakit ke dalam air rendaman arang.
• Jadikan sebagai sapuan. Jika bahagian yang sakit tidak boleh direndam, boleh juga menyapu bahagian sakit tersebut dengan air arang.


SUMBER

Comments

  1. Thank you for the post. I will definitely comeback. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news

    ReplyDelete
  2. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Disini saya juga ingin kongsikan 10 manfaat kunyit hitam yang patut anda tahu, Terbukti merawat pelbagai penyakit.

    Pasti ramai di antara kita, tidak tahu apa itu kunyit hitam, selalunya kunyit putih dan kunyit kuning paling famous oleh sebab penggunaanya yang penting di dalam masakan atau dibuat masker untuk wajah.

    Tidak seperti kunyit kuning atau kunyit putih, kunyit hitam tidak begitu terkenal di masyarakat oleh kerana penanamannya yang agak rumit dan tidak mudah untuk mendapatkan hasil.

    Tapi sebenarnya kunyit hitam juga terkenal dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit kronik mahupun ringan. Ianya telah diuji kaji oleh saintis dan mempunyai bahan aktif yang mampu membantu mengatasi penyakit kronik. Jom kita lihat 10 manfaat kunyit hitam yang berguna dalam merawat penyakit.

    1. Mengurangkan bacaan gula dalam darah
    2. Mengurangkan sakit Urat Saraf Dan Sendi
    3. Merawat masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir
    4. Menyuburkan Organ Pembiakan
    5. Untuk Kulit Wajah dan Tubuh
    6. Mengurangkan Migraine Dan Stress
    7. Merawat Kanser dan Tumor
    8. Meningkatkan kesihatan jantung
    9. Menurunkan kolesterol
    10. Meningkatkan sistem imun badan

    Untuk maklumat lanjut boleh ke website saya: www.superbsupplement.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts