Makanan Yang Tidak Sesuai Diambil Ketika Perut Kosong

Assalamualaikum semua 👋

Jom kita tengok apakah makanan yang tidak sesuai diambil ketika perut kosong:

1) Tomato

Walaupun tomato diperkaya dengan vitamin C dan nutrien, asid tannic yang terkandung di dalam tomato meningkatkan keasidan pada perut yang kosong dan boleh membawa kepada masalah gastrik. Mereka yang mempunyai penyakit esofagus dan ulser harus mengelakkan makanan sitrus lain seperti oren dan lemon yang mengadungi banyak asid buah.

2) Minuman ringan dan berkarbonat

Minum minuman ringan ketika perut kosong mungkin menyebabkan perut kembung. Terlalu banyak minuman berkarbonat juga meningkat keadaan berasid di dalam perut yang seterusnya boleh menyebabkan kanser esofagus. Asid terlalu tinggi juga boleh menyebabkan hakisan pada dinding perut. Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Oleh itu, proses pencernaan akan menjadi lambat. 

3) Paf dan pastri

Paf dan pastry mengandungi yis yang boleh menghasilkan tindak balas gas di dalam perut. Perut yang kosong akan berasa tidak selesa dan berangin menyebabkan kerap sendawa dan membuang angin.

4) Makanan dan minuman yang manis

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan.

5) Makanan yang pedas dan banyak berempah

Makanan pedas boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah ketika perut kosong.

6) Pisang

Pisang merupakan salah satu buah yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil ketika perut kosong, kandungan magnesium dalam darah akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.

7) Timun dan ulam-ulaman

Sayuran mentah seperti timun atau ulam-ulaman kaya dengan asid amino. Namun, pengambilannya ketika perut kosong boleh menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas berlebihan dalam badan.

8) Yogurt dan produk tenusu yang diperam

Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindak balas dan membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Oleh itu pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi sedikit manfaat kepada tubuh badan dan berkemungkinan boleh menyebabkan gastrik.

9) Buah pir

Serat kasar yang terdapat di dalam buah pir boleh mencederakan dinding perut jika diambil ketika perut kosong. Sebaiknya, makan buah pir selepas makan makanan lain bagi mengelakkan masalah sakit perut.

Jadi nak makan apa sebagai sarapan?

Ini pula makanan yang sesuai diambil ketika perut kosong:

1) Madu

Madu membantu dalam memberikan tenaga dan kekuatan kepada sistem tubuh badan pada waktu pagi. Selain itu, madu juga menggalakkan aktiviti otak serta dapat meningkatkan pengeluaran hormon yang membuatkan kita berada dalam mood yang baik iaitu serotonin.

2) Kekacang

Pengambilan kekacang ketika bersarapan atau semasa perut kosong berupaya memperbaiki sistem penghadaman serta turut membantu menormalkan kadar pH di dalam perut.

3) Buah beri biru

Pengambilan buah beri biru secara konsisten sangatlah digalakkan terutamanya ketika bersarapan. Ini kerana terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan beri biru membantu menguatkan daya ingatan, mengawal tekanan darah serta metabolisme badan.

4) Tembikai

Tembikai adalah makanan yang sangat baik untuk mata dan juga hati kerana mengandungi lycopene yang tinggi. Tambahan pula, pengambilan buah tembikai semasa sarapan dapat membekalkan jumlah cecair yang banyak dalam tubuh badan.

5) Telur

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil telur sebagai sarapan pagi dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori untuk sepanjang hari.

6) Oat

Bijirin oat dapat membantu melindungi lapisan perut dan sekaligus menghalang asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Malahan, oat juga mengandungi serat mudah larut yang boleh membantu proses penurunan kadar kolesterol di dalam badan.

7) Buckwheat atau gandum hitam

Buckwheat atau gandum hitam dapat membantu dalam merangsang sistem pencernaan kerana gandum ini kaya dengan sumber zat besi, vitamin dan juga protein.

8) Cornmeal

Cornmeal boleh membantu membuang toksin daripada badan serta membaikpulih sistem usus. Malahan, ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 

9) Wheatgerm atau germa gandum

Dengan hanya mengambil 2 sudu besar germa gandum, badan akan dibekalkan dengan 15% vitamin E serta 10% asid folik daripada pengambilan harian yang disyorkan. Ia juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan.

10) Roti gandum penuh tanpa yis

Kita masih boleh bersarapan dengan roti. Pilihlah yang diperbuat daripada gandum penuh tanpa yis untuk mengelakkan terhasilnya tindak balas gas di dalam perut yang kosong.






SUMBER





Comments

  1. Pisang, pastri dan makanan/minuman manis tak boleh makan bila perut kosong ye? Baru tahu ni. Thanks for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pisang tu memang betul sangat. Tambah berangin perut 😔

      Delete
  2. kalau maggi mcm mana pulak makan bila perut tengah kosong ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts