SALAM TAHUN BAHARU ISLAM - MAAL HIJRAH 1442 H

Assalamualaikum semua 👋

Pada bulan Muharam ini kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa.

Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.

Antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.

Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu. 

Di Malaysia tarikh 1 Muharam 1442 Hijrah adalah bersamaan dengan 20 Ogos 2020.

Selamat Menyambut Awal Muharam semua.

Semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya ya 🥰 


Comments

Post a Comment

Popular Posts