KL East Park

Assalamualaikum semua 👋

Untuk mereka yang berminat dengan aktiviti hiking boleh lah mencuba tempat baharu, KL East Park. 

Meh Kak Laili bagitau ye untuk mereka yang belum tahu. Sebab nya Kak Laili tengok ramai yang kecewa bila sampai di entrance dan tak dibenarkan masuk.

Sesiapa yang nak hiking di KL East Park mesti mendaftar secara online terlebih dahulu. Cuba daftar online lebih kurang 2 hari sebelum hari nak hiking tu (lagi awal pun boleh saja).

Daftar online di website ye:



Pada hari nak hiking tu jangan lupa untuk scan QR code di entrance paling lewat 15 minit dari slot yang dipilih. Sebagai contoh jika kita book slot 7:00-9:00 pagi pastikan scan QR code di entrance KL East Park paling lewat 7:15 pagi ye.

Sebelum tu parking di kawasan letak kereta Sime Darby Property showhouse di bawah bukan naik sehingga ke entrance KL East Park tersebut tau. 




Dah parking di situ barulah mula berjalan kaki ke entrance KL East Park yang mengambil masa dalam 5 ke 7 minit lebih sikit lah hehehe.

Berjalan kaki keluar dari kawasan parking dan belok kanan


Teruskan berjalan kaki menghala ke KL East Mall


Lintas jalan kat sini menghala ke Kolej Yayasan Saad


Jalan kaki lagi dengan keadaan Apartment Veo di sebelah kanan


Jalan kaki lagi sehingga ke hujung jalan dan belok kanan


Teruskan berjalan kaki dan nampak Kolej Yayasan Saad di sebelah kiri


Dan akhirnya tibalah kita di entrance KL East Park


Ok dah tahu pun (untuk sesiapa yang belum tahu lah ye).

Dari pintu entrance tu turun tangga ke bawah sehingga tempat scan QR code.

Harap entry ni dapat membantu supaya takde sesiapa yang kecewa tak dapat masuk dan tak tau nak parking di mana ✌️

 

Comments

Popular Posts