Resepi Sedap ~ Kek Coklat Moist

Assalamualaikum semua

Baru-baru ni Kak Laili bercadang nak buat sesuatu untuk pulangkan pinggan jiran. Segan pulak nak bagi pinggan kosong je kan 😁

Tengok kat kabinet dapur masih ada tepung, baking powder, serbuk koko yang masih elok belum expired. Maka marilah tanya Mr. Google resepi kek coklat yang moist, lembut dan sedap.

RESEPI KEK COKLAT MOIST 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak (cooking oil @ vegetable oil @ corn oil)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • secubit garam
Cara-cara:
  • Kacau sebati semua bahan-bahan cair - susu pekat, air suam, minyak, telur.
  • Setelah sebati masukkan kesemua bahan-bahan kering - tepung, sebuk koko, gula, baking powder, soda bicarbonate, garam.
  • Tapis adunan menggunakan penapis santan supaya tiada ketulan tepung dalam adunan.
  • Kemudian kukus atau bakar.
NOTA:
  1. jika kaedah kukus: 20 - 25 minit
  2. jika kaedah bakar: 25 - 30 minit dengan suhu 180 C. 


CHOCOLATE TOPPING
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan corn oil 
  • 1/2 cawan serbuk koko
campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga adunan sebati dan likat seperti ganache. Bila kek dah sejuk baru salut dengan ganache ni.


Nak tau tak resepi ni senang sebab tak payah guna mixer ! Jimat tenaga fizikal dan tenaga elektrik !

Kak Laili guna kaedah bakar sebab baking pan tak muat pengukus 😆. 

Kak Laili lupa nak ambil gambar. Lebih kurang gini lah rupanya sebelum disalut ganache 👇



Nak cuba boleh klik kat 👉 SUMBER


Comments

  1. Sedapnya kek coklat. Ana dh lah hantu kek. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu kek rupanya Ana ni 😁
      Bolehlah cuba. Senang takyah mixer

      Delete
  2. sedapnyaaaaa...dah lama tak buat kek coklat...nnt nak buat jugak la...

    ReplyDelete
  3. Alahai terliur la tgk gambar. Nanti boleh try resepi ni

    ReplyDelete
  4. Suka makan kek coklat. Tq utk resepi..nanti boleh cuba guna resepi ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome 😁 Kannn....macam-macam style orang buat kek coklat moist

      Delete

Post a Comment

Popular Posts