Wolf and Turtle Coffee 2

Assalamualaikum semua 👋

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baharu 2019 dah kita.

Macam mana persiapan sekolah anak-anak? Baju sekolah, buku-buku, beg, alat tulis, baju sukan, bas sekolah semua dah ready? Ada yang beli kasut hitam tak?

Baru-baru ni Kak Laili pergi sarapan nasi lemak dan kopi. Lepas tu tercuba pula sekeping kek pandan gula melaka di Wolf and Turtle Coffee 2.


kek pandan gula melaka

mocha

Memandangkan hari tu bukan weekends nasi lemak jadi separuh harga iaitu RM2.00 sebungkus.

Kopi pula Kak Laili order Mocha dan The Magic. The Magic ni kopi yang lebih kaw daripada biasa. Lebih pekat pahit gitu. Harga secawan RM13.00

Kek pandan gula melaka sekeping RM12.00

Sedap nasi lemak dia. Telur rebus separuh bukan suku tau hehehe. Lupa nak snap gambar. Sampai kat meja terus ngap!

Selamat Tahun Baharu 2019 🎇🎆

Comments

Popular Posts