6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum uolls 👋

Kadang-kadang ada hari-hari yang kita rasa tak selesa semasa berpuasa. Mungkin tak bangun sahur sebab penat sangat atau makan waktu berbuka puasa tak ingat dunia!

Kat sini Kak Laili kongsikan saranan Shaklee untuk mengatasi ketidakselesaan semasa berpuasa:

1. Ketidakhadaman penyebab pedih ulu hati.
Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa berpuasa, pedih ulu hati dan kembung perut biasa terjadi. Salah satu sebabnya ialah apabila kita terfikir tentang makanan atau menghidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut. Inilah yang menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.

Cara mengatasinya:
Kawal ketidakhadaman/pedih ulu hati dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
• Mengelakkan minuman yang tinggi kandungan kafein seperti kopi, teh dan minuman soda.
• Soya dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan esofagus. Kandungan lemak dalam soya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan seperti daging dan produk tenusu. Oleh itu protein soya merupakan pilihan yang lebih selamat untuk sesiapa yang mengalami masalah gastrik.

2. Sembelit.
Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang minum air dan kurang serat dalam pemakanan akan menyebabkan sembelit semasa berpuasa.

Cara mengatasinya:
Adalah sangat penting untuk:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan berbuka puasa.
• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan suplemen Shaklee Herb-Lax iaitu julap semula jadi.

3. Letih/lesu.
Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa. Ini membuatkan kita berasa lemah, letih, kurang tenaga dan mudah pening terutamanya pada waktu petang ketika Ramadhan.

Cara mengatasinya:
Semasa Ramadhan adalah penting untuk:
• Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi tubuh badan dengan minuman Performance Natural Drink, Vitamin B dan pembekal CoEnzyme Q10 iaitu CoQ-Trol plus.
• Rancang makanan untuk sahur dan berbuka puasa dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan sebagai contoh Protein Soya Shaklee iaitu ESP.

4. Sakit kepala.
Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala. Keadaan ini akan menjadi lebih lagi terutama apabila waktu berbuka puasa semakin hampir.

Cara mengatasinya:
Pastikan:
• Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Ini supaya kita berasa lebih segar ketika bangun sahur. Peringatan: Jangan tinggal sahur!
• Pastikan mengambil Protein Soya Shaklee ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengan Performance Natural Drink yang membekalkan gabungan unik elektrolit untuk meningkatkan tahap hidrasi tubuh badan.

5. Dehidrasi.
Berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutamanya dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan menjadi lesu, selalu pening dan loya.

Cara mengatasinya:
Tingkatkan tahap hidrasi tubuh badan dengan cara:
• Berada di persekitaran yang sejuk.
• Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan makanan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi tubuh badan.
• Minum Performance Natural Drink, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan kita kekal cergas.

6. Pertambahan berat badan dan obesiti.
Walaupun berpuasa adalah tidak mustahil berat badan akan bertambah kerana kurang bergerak dan kecenderungan untuk makan secara berlebihan ketika berbuka puasa terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini sangat bertentangan dengan manfaat berpuasa!

Cara mengatasinya:
Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
• Mengurangkan jurang nutrisi dengan pengambilan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan.
• Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.


Jom cuba saranan suplemen Shaklee semasa Ramadhan 👍



Kalau berminat nak dapatkan suplemen di atas, whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini!

Comments

Popular Posts