Jom Baca Tentang Vitamin C

Assalamualaikum semua 👋

Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba serbi sebab senarai manfaatnya yang sangat banyak. Vitamin C menyokong dalam kesihatan tubuh badan kita.

Meh kita tengok beberapa persoalan tentang vitamin C ni:

Soalan 1: Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?

Vitamin C tidak dihasilkan dan disimpan oleh badan oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet harian (makanan). Walaupun kita mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan kita hanya boleh menyerap apa yang diperlukannya sahaja dan membuang yang selebihnya. Jadi pilihlah pengambilan vitamin C melalui Sustained Release System yang bermaksud 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan yang maksimum oleh tubuh badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan lebih vitamin C bagi perlindungan tambahan.

Soalan 2: Saya makan makanan sihat termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran. Perlukah saya mengambil suplemen vitamin C lagi?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin berbeza terutamanya selepas dibasuh, dipotong dan dimasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, kita perlu makan 7.5 biji buah oren, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian kerana kosnya yang agak tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil vitamin C melalui suplemen Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. 1 botol ada 180 biji dengan harga runcit RM97.50. 1 botol boleh bertahan selama 6 bulan bagi pengambilan sebiji setiap hari. Sememangnya sangat menjimatkan.

Soalan 3: Saya menghidap gastrik. Saya dengar bahawa pesakit gastrik tidak digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C.

Ini adalah tanggapan yang salah. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan gastrik. Pilih vitamin C Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang diekstrak daripada jagung. Ia suplemen vitamin C yang lembut untuk perut yang sensitif.

Soalan 4: Berapa banyak dos vitamin C yang perlu saya ambil setiap hari?

Kajian yang dijalankan oleh Institute of Medicine (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg sehari.

Soalan 5: Sustained Release Vita-C Plus Shaklee mempunyai komponen yang dipanggil bioflavonoid. Apakah bioflavonoid?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sitrus. Mereka bekerja secara bergabung dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C tersebut. Sebagai contoh, bioflavonoid dijumpai di dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah-tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia akan dibuang. Shaklee menggunakan bioflavonoid daripada buah-buahan sitrus untuk memberi kebaikan menyeluruh vitamin C yang terdapat dalam setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus.

Sustained Release Vita-C Plus sebagai Vitamin C Semulajadi:

  • Mempunyai sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
  • Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.
  • Suplemen vitamin C semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung. Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Bulan Julai adalah bulan promosi Sustained Release Vita-C Plus. Klik SINI

Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 untuk dapatkan promosi ni 😉







Comments

Popular Posts