10 Tanda-tanda Amaran Yang Menunjukkan Terlalu Banyak Gula Dalam Diet.

Assalamualaikum semua 👋

Terlalu banyak gula dalam diet harian boleh mengakibatkan beberapa penyakit seperti diabetes, masalah kardiovaskular dan kanser. Jadi, jika sepanjang hari kita sering mendapati diri mengidam sesuatu yang manis kemungkinan besar kita ketagih gula. Bagaimana cara kita boleh menentukan sama ada kita terlebih mengambil gula dalam diet seharian?

1. Berasa letih dan kurang tenaga.  

Jika kita sering berasa letih atau kekurangan tenaga salah satu punca utama boleh jadi kerana  terlalu banyak gula dalam diet harian. Ini mungkin kedengaran agak bercanggah dengan pendapat pakar kerana makanan yang tinggi gula memberikan rangsangan karbohidrat dan meningkatkan tenaga kita buat sementara waktu yang sering berlangsung selama beberapa minit sahaja. 

2. Sering rasa teringin makanan manis dan berkarbohidrat.

Ketagih gula menyebabkan kita selalu mengidam sesuatu yang manis sepanjang hari setiap hari. Terlalu banyak gula dalam diet seharian boleh mewujudkan reaksi rantaian keinginan gula yang berterusan. Konsep yang sama terpakai kepada keinginan makanan berkarbohidrat yang juga mungkin menunjukkan ketagihan gula. 

3. Kerap jatuh sakit.

Jika kita perasan diri selalu jatuh sakit salah satu punca boleh menjadi gula berlebihan dalam diet. Memakan terlalu banyak gula boleh melemahkan sistem imun, melemahkan keupayaan semula jadi badan untuk melawan demam, virus selesema dan penyakit kronik yang lain. 

4. Mengalami kebimbangan atau kemurungan yang kronik.

Terlalu banyak gula boleh menyebabkan kesihatan badan menyusut secara fizikal dan seterusnya boleh menjejaskan kita secara emosi juga. Walaupun gula dianggap sebagai penggalak tenaga buat sementara waktu, apabila kesannya telah hilang keletihan fizikal yang timbul juga boleh datang bersama keletihan psikologi. Ini penyebab perasaan yang berkaitan dengan kemurungan seperti kesedihan, kebimbangan dan anti sosial. Jika kita sering cemas, takut atau sentiasa bimbang ini juga mungkin menjadi tanda bahawa diet kita terlebih gula. 

5. Mempunyai masalah kulit.

Keradangan kulit seperti jerawat atau ekzema, kulit berminyak atau kering dan bulatan gelap di bawah mata boleh disebabkan oleh diet yang mengandungi terlalu banyak gula. Mengurangkan pengambilan gula boleh memberikan kesan yang sangat baik kepada kulit serta kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Tambahan pula, sifat gula itu sendiri mungkin memberi kesan kepada kaki seperti Plantar fasciitis iaitu keadaan di mana kaki mengalami inflamasi yang menjadi salah satu penyebab sakit tumit. Keadaan ini melibatkan peradangan pada jaringan yang membentang dari tulang tumit hingga ke jari-jari kaki.

6. Mempunyai berat badan berlebihan.

Tubuh badan manusia memerlukan jumlah gula yang terhad. Jumlah gula yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan badan menukarkan gula dan menyimpannya sebagai lemak. Tidak hairanlah ini boleh membawa kepada masalah berat badan seperti obesiti yang akhirnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain termasuklah kolesterol tinggi, masalah jantung, sleep apnea (gangguan bernafas yang dialami oleh seseorang dimana beliau akan berhenti bernafas secara tidak sengaja beberapa kali ketika sedang tidur) dan banyak lagi.

7. Mempunyai tekanan darah tinggi.

Umum mengatakan bahawa tekanan darah tinggi disebabkan oleh natrium dalam diet dan bukannya gula. Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2010 di University of Colorado, Denver lebih daripada 4,500 orang dewasa telah dikaji dan data yang dikumpul menunjukkan bahawa terdapat hubungan rapat antara tekanan darah tinggi dan pengambilan gula yang berlebihan. 

8. Mempunyai masalah gigi.

Ia adalah fakta bahawa gula tidak baik untuk kesihatan gigi. Jika kita sering mendapat kaviti dan memerlukan tampalan, sangat jelas gulalah punca masalah tersebut.

9. Menghidap kencing manis.

Jumlah gula yang terlalu banyak menyebabkan berat badan yang berlebihan dan seterusnya meningkatkan risiko ntuk menghidap diabetes jenis II. Walaupun bukan disahkan sebagai pesakit kencing manis, kebanyakan orang cenderung menghidap pra-kencing manis (pre-diabetic). Jika mendapati tubuh badan sentiasa dahaga atau lapar walaupun telah makan dan minum dengan kerap, atau berasa terlalu lemah apabila melangkau waktu makan, perlulah berjumpa doktor untuk mengetahui tentang risiko mendapat diabetes. 

10. Mengalami masalah jantung.

Satu kajian yang dijalankan ke atas tikus di Case Reserve Western University menyimpulkan bahawa diet yang tinggi dalam sukrosa didapati boleh menyebabkan kematian mengejut dan meningkatkan risiko penyakit jantung lebih lagi daripada diet yang tinggi dalam fruktosa, tinggi dalam lemak atau diet yang tinggi kandungan kanji.




SUMBER


Comments

  1. Kena perhati tanda-tanda ini selalu supaya tidak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan NA sebelum jadi kencing manis sampai kena cucuk insulin

      Delete
  2. Memang kena kawal gula dalam diet kita dari muda lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn....bahaya betul gula ni. dah lah sedap :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts