Panduan Sebelum Membeli dan Semasa Menggunakan Produk Kosmetik
Assalamualaikum uolls
Tak pernah lagi Kak Laili post tentang produk kosmetik kan? Apa kata kita belajar tengok panduan sebelum membeli dan semasa menggunakan produk kosmetik. Orang perempuan mesti suka guna produk kosmetik ni 😉
1) Membaca maklumat yang tertera pada label atau kotak produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk kosmetik. Label yang lengkap perlu mempunyai maklumat seperti:
- nama produk termasuk jenama
- fungsi produk
- kandungan/saiz pembungkusan
- nombor kelompok mengikut arahan kementerian
- tarikh dibuat/dikilangkan (bulan dan tahun)
- tarikh luput yang jelas (bulan dan tahun)
- cara penggunaan
- negara pembuat/pengilang
- senarai penuh bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan dalam kosmetik berkenaan
- peringatan atau amaran penggunaan, jika perlu
- kenyataan tambahan yang penting, jika ada
- nama dan alamat syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk di pasaran
Kadang-kala maklumat terperinci untuk rujukan pengguna ditulis pada sisip bungkusan iaitu kertas seperti nota dalam kotak kosmetik tersebut.
2) Simpan produk kosmetik di tempat yang sesuai untuk memelihara kualitinya.
- sebagai contoh, suhu persekitaran yang sangat panas boleh menyebabkan tekstur dan bau sesetengah produk kosmetik seperti gincu, krim pelembap dan pewangi berubah dan boleh menyebabkan produk tersebut rosak.
- jangan pindahkan produk kosmetik daripada bekas yang asal kepada bekas yang lain kerana kestabilan produk kosmetik dikhuatiri akan terjejas.
- sekiranya terdapat perubahan fizikal yang tidak diingini terhadap produk yang sedang digunakan walaupun telah disimpan dan digunakan mengikut arahan yang dinyatakan pada label, pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan melaporkan kepada badan yang berkenaan agar siasatan lanjut dapat dijalankan.
3) Membeli produk kosmetik hanya daripada sumber yang boleh dipercayai.
- produk kosmetik dapat dibeli dengan mudah termasuklah dengan hanya membeli melalui kaedah online.
- ada juga yang dijual di pasar malam dan tepi-tepi bangunan atau kedai yang mana sumber dan kualiti produk tersebut diragui.
- pengguna perlulah lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk kosmetik daripada sumber yang meragukan walaupun produk-produk tersebut dijual dengan harga yang murah atau menjanjikan keberkesanan dalam tempoh yang singkat.
4) Jika perlu, rujuk kepada para profesional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf kerajaan.
- Setiap individu menunjukkan keputusan yang berbeza apabila menggunakan produk kosmetik yang sama.
- Sekiranya menghadapi masalah kulit yang serius, segera rujuk kepada profesional kesihatan yang bertauliah atau pakar kulit bukannya pakar kecantikan semata-mata.
- Tingkatkan pengetahuan mengenai rawatan kulit dan produk-produk kecantikan melalui bahan bacaan yang sahih atau pun merujuk terus kepada pakar kulit untuk nasihat dan cara penyelesaian yang lebih tepat.
5) Berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan iklan-iklan produk kosmetik yang tidak beretika.
- pengguna mestilah berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sesetengah iklan produk kosmetik.
- Kadang-kala maklumat yang diberikan juga sukar dipastikan kesahihannya. Ianya mengelirukan dan tidak munasabah.
- Pengguna jangan mudah percaya terhadap iklan yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya kulit menjadi putih dan gebu dalam masa yang singkat. Kemungkinan besar produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang berbahaya dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada pengguna.
Uolls boleh layari myhealth.gov.my untuk lebih info.
Nak dapatkan supplement Shaklee yang semulajadi? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 orait 😊
Comments
Post a Comment