Ostematrix Yang Hebat
Hari ni nak cerita tentang Ostematrix pula.
Ostematrix Shaklee adalah kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapan 99%.
Formula yang unik dibuat daripada mineral semulajadi seperti natural limestone (batu kapur) dan garam mineral dari Laut Mati.
Kelebihan ostematrix ialah ianya sesuai untuk orang yang mengalami alahan product tenusu yang ada laktosa kerana sumber kalsium yang banyak ialah daripada product tenusu seperti susu.
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama supaya penyerapan oleh tubuh badan lebih optimum.
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang/meningkatkan penyerapan kalsium
- Boron adalah mineral untuk bantu proses penghasilan tulang
- Manganese, kuprum, zink berfungsi untuk mengaktifkan enzim untuk padatkan tulang. Macam simen yang lekatkan batu bata rumah tapi dalam kes ni, sel tulang
Kajian telah membuktikan bahawa supplement kalsium boleh membantu meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Jisim tulang berkembang kepada maksima pada umur dari 28 dan mengurang selepas itu. Selepas umur 40 kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.
Oleh sebab itu lah objektif utama pengambilan kalsium adalah untuk membina tulang (sehingga umur 28) dan menghalang kehilangan kepadatan tulang selepas berumur 40.
Manfaat Utama Ostematrix:
1) menguatkan tulang
- kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
- kalsium juga merawat tulang retak, osteomalacia (tulang lembut terutama kerana kekurangan vitamin D atau kalsium) dan kuku rapuh
- jadi ostematrix juga terkandung dalam set untuk kesihatan tulang dan sendi Shaklee bersama-sama Omega Guard
- pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur membantu mengurangkan kekejangan, kebas-kebas, sakit sendi dan arthritis
- membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan dan badan cepat penat
- dengan cara mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf
- memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress
- memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
- mengandungi magnesium yang membantu mengelak saluran darah di kepala menjadi kembang dan menguncup secara mengejut penyebab sakit.
- ostematrix membantu mengurangkan kekerapan ia berlaku.
- itu lah sebabnya ostematrix terkandung dalam set migraine Shaklee bersama-sama B Complex
4) menggalakkan tidur yang lebih lena
- kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan kita berjaga lama dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga.
- dikenali dengan nama Insomnia (masalah tidur) dan orang yang mengalami insomnia selalunya mengambil ubat tidur.
- Walaubagaimanapun, ubat tidur memberi kesan tidak elok dalam jangka masa panjang. Ini kerana kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan gangguan ingatan.
- Ini boleh meningkatkan risiko kemalangan dan menurunkan prestasi kerja sama ada di rumah atau di pejabat.
- Sebab utama insomnia yang kronik pula ialah kekurangan magnesium.
- Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang kepada tidur yang lebih lena.
- Secara keseluruhan, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik untuk tidur yang lebih lena.
5) memperbaiki masalah haid
- kajian menunjukkan bahawa pengambilan 1,000 mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit ketika haid (senggugut) dan membantu melawaskan pembuangan air kecil dan mengelakkan sembelit
- itulah sebabnya ostematrix juga terkandung dalam set kesuburan Shaklee.
6) kalsium adalah mineral alkalin
- berkesan memastikan imbangan pH tubuh
- membantu mengawal berat badan dan menghalang obesiti semakin kita berumur
- ini kerana kalsium membantu sel badan menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
- memperbaiki hiperaktiviti perut dan membantu mengawal sakit gastrik dan membantu menurunkan kadar kanser usus
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
bagus ya produk ni
ReplyDeleteBetulll. Sesuai sangat dengan Kak Laili yang tak lalu telan susu ni heheheh
Deletewahh bagus =)
ReplyDeleteKannn....sesuai nau untuk org yang tak boleh minum susu ;)
Delete