Lecithin
Assalamualaikum uolls
Hari ni kita nak kenal-kenal dengan Lecithin ye π
Apa itu Lecithin?
- Pengemulsi Semulajadi yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak.
- Nutrien larut lemak adalah seperti Vitamin A, D, E, K dan Beta Carotene.
- Lecithin boleh didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
- Bagi tujuan komersil ianya didapati daripada telur, jagung dan soya.
- Lecithin adalah 'Fat Emulsifier' iaitu bahan melarutkan lemak.
Apakah kandungan Lecithin?
- Lecithin mengandungi asid linoleik iaitu asid lemak penting yang amat diperlukan oleh tubuh.
- Badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin. Oleh itu ianya diambil melalui makanan.
- Kolina iaitu satu komponen neurotransmitter yang memberikan impuls dari satu saraf ke saraf yang lain.
- Asetilkolina sebagai pembekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
- Inositol sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Apakah manfaat dan kegunaan Lecithin?
1) Mengurangkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kolesterol.
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah.
- Lecithin memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
- Ia membantu menurunkan kadar kolesterol serum dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Membantu mengawal paras triglycerides sejenis lemak yang ditemui dalam darah dan digunakan oleh badan sebagai tenaga
- Membantu memecahkan lemak pada badan dan mengurangkan lemak yang terkumpul di pembuluh darah.
2) Untuk kesihatan kardiovaskular
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai pengemulsi lemak yang amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
- Untuk kesan yang optimum lecithin boleh diambil bersama-sama EPA dan serat.
3) Penting untuk fungsi otak.
- Asetilkolina penting untuk fungsi otak seperti berfikir, ingatan, tumpuan, penghadaman, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap tidur dan berbagai-bagai lagi fungsi otak.
- Asetilkolina merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Bekalan yang cukup amat penting supaya fungsi otak dapat dijalankan.
- Asetilkolina dihasikan daripada kolina yang diperolehi dari lecithin.
- Adalah penting untuk lecithin meningkatkan bekalan kolina dan asetilkolina kerana 30% otak adalah lecithin manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.
4) Untuk penghadaman.
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.
- 'Bile' adalah cecair beralkali berwarna hijau keperangan yang membantu penghadaman.
- Ia dirembeskan oleh hati dan disimpan di dalam hempedu.
5) Untuk sel
- Lecithin penting untuk mengangkut dan menghantar bahan-bahan lemak daripada makanan ke sel-sel tubuh.
- Kolina dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh.
6) Untuk warga emas.
- Lecithin amat diperlukan oleh warga emas yang uzur disebabkan angin, stroke dan sakit-sakit yang biasa dialami di waktu usia meningkat.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersumbat yang menjadi punca tekanan darah tinggi, sengal-sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.
7) Untuk ibu menyusu
- Lecithin membantu mengurangkan risiko duktus susu tersumbat (clog duct) atau bengkak susu.
- Membantu membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
- Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan anak.
- Membantu menyalurkan inositol dan kolina di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.
- Oleh sebab itu lah ibu-ibu menyusu selamat menggunakan lecithin di samping untuk menurunkan berat badan.
Kelebihan Lecithin Shaklee.
- hasil daripada penyelidikan dan pembangunan, didapati bahawa lecithin daripada sumber kacang soya adalah lebih berkesan memecahkan deposit kolesterol jika dibandingkan dengan lecithin daripada telur.
- Lecithin Shaklee diperbuat daripada kacang soya semulajadi yang terpilih.
- Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin semulajadi
- Tidak mengandungi pengawet, perwarna dan perisa tiruan.
- Kepekatan sebiji kapsul ialah 520 mg lecithin, 78 mg phosphatidycholine, 47 mg phosphatidylinositol
Untuk mendapatkan Lecithin uolls boleh whatsapp Kak Laili di 010-2904863.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment