Vitamin C Untuk Kesihatan Menyeluruh

Assalamualaikum uolls

Hari ni Kak Laili nak sembang-sembang tentang Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.




Nak tau sumber-sumber Vitamin C?

1) Sumber Makanan Semulajadi
  • Buah-buahan seperti limau, oren, jambu batu, nenas, kiwi, strawberi, tembikai
  • Sayur-sayuran seperti kobis, bunga kobis, saderi, asparagus, tomato, bayam

2) Supplemen kesihatan
  • Sama ada dalam bentuk pil, cecair atau serbuk

3) Suntikan
  • Vitamin C akan disuntik ke dalam badan memasuki salur darah.

4) Sapuan
  • Penggunaan krim atau losyen yang mengandungi Vitamin C untuk tujuan kecantikan

Kenapa kita perlu ambil Vitamin C?
  1. Vitamin C tidak boleh terhasil dengan sendirinya dalam badan kita.
  2. Vitamin C mudah larut air jadi mudah disingkirkan dari badan kita.

Antara sebab-sebab atau punca Vitamin C hilang daripada badan kita ialah:
  1. Merokok
  2. Stress
  3. Kerap demam dan muntah-muntah
  4. Tidak cukup tidur
  5. Mudah marah-marah (stress)
  6. Ibu mengandung
  7. Mereka yang mengambil pil perancang

Antara manfaat Vitamin C ialah:

🌻 Membantu meningkatkan sistem imun badan (sebagai 'protector gate' untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti / terkena penyakit)

🌻 Mempercepatkan proses penyembuhan luka

🌻 Merangsang pembentukan kolagen

🌻 Merupakan antioksida bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel tubuh

🌻 Membantu dalam proses penghadaman

🌻 Membantu memulihkan batuk, selsema, resdung, demam

🌻 Membantu memperbaiki masalah insomnia (sukar tidur)

🌻 Merangsang pengeluaran T-Cells untuk membantu membina sel darah merah yang sihat

🌻 Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan

🌻 Membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah

🌻 Mengurangkan jerawat dan memudarkan parut


Kenapa Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan?

🌟 Membantu mencerahkan kulit
  • Vitamin C mengandungi ascorbic acid yang menjadi bahan utama dalam pembentukan kolagen. Kolagen inilah yang berfungsi untuk menyembuhkan luka dan juga menghasilkan protein.

🌟 Menangkis radikal bebas
  • Kewujudan radikal bebas boleh membuatkan kulit muka rosak, kusam dan paling berbahaya boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Antioksidan dalam Vitamin C inilah yang berfungsi meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit muka.

🌟Mencegah penuaan
  • Kolagen yang terdapat di dalam Vitamin C dapat memberikan kelembapan dan tidak membuatkan kulit muka menjadi kering seterusnya nampak tua.

🌟Menyembuhkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat
  • Kolagen akan menjadi salah satu komponen penting dalam proses penyembuhan luka termasuk luka bekas jerawat.

Apakah kelebihan Sustained Release Vita C Plus Shaklee?

🍋 Diekstrak daripada jagung

- Sumber vitamin yang terdapat dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain.

- Kebiasaannya sumber Vitamin C banyak terdapat pada buah-buahan sitrus yang mana tinggi dengan kandungan asid dan jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

- Oleh sebab itulah para saintis Shaklee telah berjaya membina Vitamin C yang dapat mengelakkan sakit perut, cirit-birit dan gastrik dengan menggunakan ekstrak jagung.

🍋 Bersifat Sustained Release

- Maksudnya 500mg dalam 1 tablet tidak dilepaskan terus apabila kita makan. Tetapi dilepaskan 100mg setiap jam.

- Ini kerana badan kita cuma boleh menyerap 100-200 mg Vitamin C sahaja dalam satu-satu masa. Selepas sejam, badan kita akan menyerap 100 mg yang lain lagi dan begitulah seterusnya.

- Jadi selama 5 jam Vitamin C akan kekal berada dalam badan kita.

🍋 Kandungan Vitamin C dalam 1 tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren (bukan kandungannya buah oren tau!)

- Vitamin C sebaik-baiknya diambil selepas makan

🍋 Mengandungi Bioflavonoids

- Bahan penting yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C ke dalam badan dengan lebih baik.

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal daripada kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan Vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan bahan yang lain.


Antara kesan kekurangan Vitamin C ialah:

🔍 Gusi berdarah

🔍 Tanda-tanda lebam pada badan

🔍 Luka lambat sembuh

🔍 Sering letih dan lemah

🔍 Anemia

🔍 Salur darah mengecil

🔍 Rambut gugur

🔍 Sakit sendi

🔍 Darah dalam mata

🔍 Kulit kering dan gatal

🔍 Masalah pencernaan








Untuk mendapatkan Sustained Release Vita C Plus Shaklee uolls boleh lah whatsapp Kak Laili di 010-2904863 ok 😉


Comments

Popular Posts