Seronoknya Sambung Belajar di Luar Negara

Assalamualaikum uolls

Hari ni Kak Laili rasa best sangat dapat berita salah seorang kawan masa zaman sekolah dulu berjaya sambung PhD di Finland. Wahhh......siapa tak seronok kan dapat belajar nun jauh 'over the seas' lagi hehehe.

Kepada adik-adik yang masih muda cubalah memohon untuk belajar di luar negara. Cubalah buat permohonan untuk biasiswa ataupun pinjaman pelajaran daripada kerajaan, mana-mana syarikat atau badan berkanun. Kepada yang mampu pujuklah ayah ibu tanggung perbelanjaan belajar di universiti luar negara 😉

Sebenarnya Kak Laili pun bekas pelajar universiti luar negara hehehe. Tu lah sebabnya rasa excited terlebih bila dapat berita gembira macam ni. Bukan nak membangga diri tau uolls! Kak Laili dulu pelajar di UK pada tahun 1997 hingga 1999. Lama dahhhh......

Nak dijadikan cerita Kak Laili kembali semula ke UK mengikut suami yang mendapat tawaran bekerja di sana. Apa lagi.....Kak Laili pun dapat satu lagi pengalaman baru iaitu sebagai pekerja pula di UK hehehe.

Pengalaman belajar adalah tidak sama dengan pengalaman bekerja tau uolls! Sebagai pelajar budget sangat-sangat ketat tetapi sebagai pekerja bolehlah menabung lebih sikit untuk melancong ke negara-negara Eropah yang lain 😊

Perasaan seronok merantau ke negara orang susah nak cerita. Uolls kena experience sendiri. Kak Laili ada ketikanya tak rasa nak balik Malaysia hahaha.

Jom lah adik-adik sekalian belajar rajin-rajin. Kalau dapat peluang sambung belajar ke universiti luar negara janganlah sis-siakan ok! Pengalamannya sangat berharga tak boleh ditukar dengan wang ringgit tau!

cantikkan universiti Kak Laili dulu hehehe





Comments

Popular Posts