Panduan Pengambilan Vitamin dan Suplemen Kesihatan
Assalamualaikum semua
Ramai di antara kita mengambil beberapa jenis multi vitamin setiap hari untuk memastikan badan mendapat nutrien yang secukupnya. Walaupun mudah untuk mengetahui vitamin apa yang perlu kita ambil, mengetahui bila hendak mengambil vitamin tersebut adalah agak rumit. Kebanyakan vitamin dan nutrien mempunyai fungsi tertentu dalam badan kita. Vitamin dan nutrien akan berfungsi dengan optimum jika diambil pada masa yang tepat dan dalam keadaan yang betul.
Ia mungkin memudahkan untuk mengambil semua vitamin sekaligus pada satu masa tetapi itu bukanlah apa yang terbaik untuk tubuh badan. Berikut adalah panduan tentang bila dan bagaimana untuk mengambil multi vitamin, berasaskan kepada interaksi kimia mereka dengan satu sama lain dan dengan tubuh badan kita.
Vitamin yang perlu diambil sebelum tengah hari:
- Vitamin B1: Membantu metabolisme dan menyokong sistem saraf.
- Vitamin B12: Digunakan untuk menghasilkan sel-sel darah merah dan membantu mengawal tekanan dan kebimbangan.
- Zat Besi: Membantu memindahkan oksigen ke bahagian-bahagian penting tubuh dan membantu mengukuhkan sistem imun.
- Coenzyme Q10: Membantu mencegah penyakit jantung dan meningkatkan fungsi seksual.
- Vitamin C: Membantu dalam penghasilan tisu-tisu baharu, mengekalkan gigi dan gusi yang sihat dan menguatkan sistem imun.
Setiap 5 vitamin di atas mempunyai kesan merangsang tubuh badan. Pengambilannya pada waktu pagi akan memastikan tubuh badan bertenaga sepanjang hari. Vitamin C dapat membantu penyerapan Zat Besi, oleh itu adalah disyorkan supaya mengambil kedua-dua vitamin ini bersama-sama atau makan makanan yang kaya dengan Vitamin C jika telah mengambil suplemen Zat Besi dan sebaliknya.
Vitamin yang perlu diambil dengan lemak sihat:
- Vitamin A: Diperlukan untuk menjaga kulit, penglihatan dan pundi kencing yang sihat.
- Vitamin E: Melindungi membran sel dan mengurangkan risiko masalah jantung.
- Vitamin D: Membantu menghalang diabetes dan beberapa jenis kanser.
- Vitamin K: Membantu mengekalkan tulang yang kuat dan saluran darah yang sihat.
- Likopena: Merendahkan risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit berkaitan darah, serta beberapa jenis kanser.
- Lutein: Memastikan mata lebih sihat dan melindungi daripada kanser kolon.
Vitamin larut lemak di atas perlu diambil pada masa yang sama kita makan makanan berlemak tertentu untuk diserap dengan betul ke dalam tubuh badan. Boleh sahaja bertanya kepada doktor makanan mana yang terbaik untuk dimakan semasa mengambil vitamin ini.
NOTA PENTING: Berhati-hati dengan interaksi Vitamin K dan Vitamin E. Kuantiti Vitamin E yang berlebihan boleh mengganggu keupayaan tubuh badan untuk menggunakan Vitamin K.
Vitamin yang manakah sesuai diambil pada waktu malam?
- Magnesium: Diperlukan untuk aktiviti otot yang sihat dan aktiviti-aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh tubuh badan.
- Kalsium: Penting untuk tulang yang kuat dan kebanyakan aktiviti badan.
Kedua-dua mineral penting ini digunakan oleh tubuh badan semasa kita berehat. Mereka juga membantu badan berehat dan menangani masalah tidur seperti insomnia.
NOTA PENTING: Jangan mengambil makanan tambahan Zat Besi dalam masa yang sama dengan pengambilan Kalsium kerana mereka boleh bertindak bertentangan terhadap satu sama lain dan menyebabkan kedua-duanya tidak diserap dengan betul oleh tubuh badan. Tunggu kira-kira 4 jam antara setiap mineral untuk memastikan kita mendapat kesemua manfaat kesihatan yang diperlukan oleh tubuh badan.
Apa yang sepatutnya dielakkan selepas mengambil vitamin?
Kopi, teh dan pelbagai jenis minuman soda berkarbonat yang manis boleh menghalang keupayaan tubuh badan untuk menyerap sepenuhnya vitamin dan mineral daripada makanan. Ambil suplemen kesihatan dengan air atau jus buah-buahan semulajadi, dan cuba elakkan mengambil minuman lain untuk sekurang-kurangnya dua jam.
Mengambil vitamin dengan teratur.
Badan kita sentiasa menggunakan vitamin dan mineral dan sentiasa membersihkan diri secara semulajadi, jadi lebih banyak makanan dan nutrien akan tersedia untuk digunakan. Mengambil pil vitamin secara berasingan atau tanpa aturan tidak akan memberi impak yang nyata terhadap kesihatan. Pengambilan yang teratur sepatutnya membantu penyerapan dan penghadaman vitamin tersebut. Tanyalah doktor tentang berapa kalikah perlu mengambil setiap pil vitamin dan untuk berapa lama.
Baca dos pengambilan harian yang disyorkan.
Dos harian yang disyorkan untuk setiap vitamin biasanya ditemui pada label di botol dan buku maklumat yang didatangkan dengan multi vitamin. Memandangkan banyak makanan yang kita makan setiap hari sudah penuh dengan zat, kita perlu tahu makanan mana yang mungkin tidak perlu dimakan apabila kita membuat keputusan untuk mengambil vitamin tertentu.
Comments
Post a Comment