Apakah Kecenderungan Biologi Tubuh Badan Anda?

Assalamualaikum uolls 👋

Hari ni Kak Laili nak kongsikan satu pembacaan tentang kecenderungan biologi tubuh badan kita.

Dr Michael Breus, pengarang 'The Power of When' menggelarkan dirinya sebagai doktor tidur. Beliau mempunyai pusat kesihatan di Los Angeles yang membantu pelanggan-pelanggannya untuk memahami chronotype mereka iaitu kecenderungan seseorang secara biologi untuk menjadi morning person, evening person atau seseorang yang di tengah-tengah. Setiap chronotype mengambil bentuk haiwan iaitu beruang, singa, serigala dan ikan lumba-lumba. Chronotype ini membantu menjelaskan rutin harian yang sesuai untuk setiap orang.

Apabila mengenali jenis chronotype dan jadual terbaik yang bersesuaian dengannya, kita dapat meningkatkan kualiti tidur dan seterusnya meningkatkan kesihatan, keceriaan dan produktiviti. Ia menggalakkan kita untuk membuat perubahan dalam rutin seharian seperti menunggu sehingga lewat pagi untuk minum kopi ataupun menutup telefon bimbit satu jam sebelum tidur.

Menurut penulis dari The New York Times, Emily Laber-Warren, organisasi di seluruh dunia mula mengiktiraf pentingnya chronobiology ini. Banyak organisasi yang menggalakkan para pekerja menentukan sendiri jadual kerja mereka iaitu bilakah masanya mereka boleh bekerja dengan terbaik. Ini kerana seseorang yang memahami chronobiology nya akan cenderung mendapat banyak manfaat.

Jom baca di bawah untuk tentukan chronotype uolls 😉

1) Beruang

Menurut kajian separuh daripada penduduk dunia mempunyai chronotype beruang. Ini bermakna bahawa mereka tidur dengan baik dan body clock mereka berjaya mengesan terbitnya dan terbenamnya matahari. Waktu ideal bagi orang chronotype beruang bermula pada jam 7 pagi. Mereka perlu makan protein tinggi sebagai sarapan pagi sebaik sahaja bangun dan tidak perlu mengambil kafein sehingga kira-kira 90 minit selepas mereka bangun pagi. Di tempat kerja pula tugas-tugas yang memerlukan banyak tumpuan dan konsentrasi adalah terbaik diamalkan di waktu pagi. Manakala tugas-tugas kreatif lebih baik dilakukan pada waktu tengah hari sehingga waktu petang. Orang chronotype beruang adalah lebih baik bersenam kira-kira pukul 6 petang dan makan malam yang ringan selepas itu. Waktu sebelum tidur boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti merehatkan diri.



2. Singa

Menurut Dr. Michael Breus lagi ramai orang yang mahu menjadi chronotype singa. Ini bermakna mereka mahu menjadi seorang yang semulajadi terjaga awal dan terus aktif di awal pagi. Walau bagaimanapun, tenaga mereka mula menurun pada pertengahan tempoh waktu bekerja. Chronotype singa perlu makan dan menghidratkan tubuh terlebih dahulu setelah bangun tidur sebelum merancang hari mereka dengan perkara yang lain. Waktu pagi adalah terbaik untuk tugas-tugas menganalisis dan sebelah petang pula untuk tugas-tugas merancang atau lain-lain aktiviti kreatif. Masa yang terbaik untuk chronotype singa bersenam adalah kira-kira jam 5 petang dan seharusnya tidur kira-kira jam 10 malam.



3. Serigala

Secara semulajadinya serigala adalah seperti burung hantu. Ini bermakna orang chronotype serigala sukar untuk memulakan kerja pada pukul 9 pagi. Chronotype serigala secara idealnya patut memulakan hari mereka dengan sarapan pagi kira-kira jam 8 pagi, kemudian melakukan sedikit aktiviti fizikal di luar rumah. Kopi sepatutnya diambil sekitar jam 11 pagi. Serigala biasanya lebih produktif ketika hampir waktu petang. Mereka harus menghabiskan waktu pagi dengan merancang dan mengumpul buah fikiran. Lewat petang adalah sangat ideal untuk chronotype serigala bertemu rakan sekerja ataupun mengemukakan sebarang idea yang bernas kepada ketua jabatan. Ini kerana mereka adalah secara semulajadi lebih bertenaga pada waktu ini. Makan malam adalah terbaik diambil pada jam 8 malam.



4) Ikan lumba-lumba

Ikan lumba-lumba cenderung disahkan menghidap insomia kerana mereka selalunya mempunyai masalah tidur. Adalah lebih baik untuk chronotype ikan lumba-lumba melakukan senaman pada waktu pagi sebelum makan sarapan pagi yang tinggi protein. Waktu pagi perlu dihabiskan dengan kerja-kerja mengumpul buah fikiran atau gambaran besar yang bukannya terlalu terperinci. Peningkatan tenaga chronotype ikan lumba-lumba berlaku pada waktu tengah hari. Ketika ini adalah terbaik untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan atau tugas-tugas lain yang memerlukan tumpuan mendalam. Dalam jam di antara makan malam dan sebelum tidur iaitu kira-kira jam 7 malam hingga ke tengah malam, chronotype ikan lumba-lumba perlu berehat.




Apa yang penting ialah kita perlu menyesuaikan jadual kerja dengan kecenderungan biologi selagi termampu. Ini untuk mengelakkan kita berasa sangat kecewa dan mudah berputus asa. Jadi, sentiasa cari masa yang berfungsi terbaik untuk uolls walaupun ianya tidak mudah terutama di Malaysia 😅

SUMBER

Meh tengok ni 👇
World Economic Forum

Nak baca tentang suplemen Shaklee yang berkaitan dengan masalah insomnia? Klik 👇
Insomnia dan Ostematrix

Comments

Post a Comment

Popular Posts