Makanan Yang Boleh Membantu Menyembuhkan Tulang Patah Dengan Lebih Cepat

Assalamualaikum semua 👋

Contoh paling biasa kita dengar ialah pemain bola sepak yang cedera di betis atau buku lali. Pakar bedah akan memberi saranan bahawa beliau tidak dapat bermain bola sepak selama 9 hingga 12 bulan. Lama kan!

Nak tau tak ada makanan yang boleh bantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

1) Avokado

Lemak yang terdapat dalam avokado bertindak sebagai pelincir semulajadi untuk sendi, menjadikannya sangat membantu mengurangkan kesakitan tulang yang patah.

2) Bawang besar

Bawang besar mempunyai banyak manfaat sebagai antibiotik semulajadi, antivirus dan anti-radang.  Selain itu bawang besar juga mengandungi kompaun yang menghalang aktiviti sejenis sel (osteoclasts) yang diketahui mempunyai kesan negatif pada kekuatan tulang. Memandangkan kekuatan tulang adalah sangat penting terutama kepada orang yang pernah mengalami patah tulang, memasukkan bawang besar secara kerap dalam diet seharian dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

3) Labu

Banyak kajian telah menunjukkan perkaitan di anatara kalium dengan ketumpatan mineral tulang yang sihat. Ini kerana kalium membantu untuk menghalang penyingkiran kalsium daripada tulang. Kalsium sangat diperlukan oleh tulang untuk kekal kukuh.

4) Bayam

Bayam penuh dengan zat yang membantu menyembuhkan tulang yang patah dengan lebih cepat. Vitamin K mengaktifkan osteocalcin, satu sebatian yang "melabuhkan" molekul kalsium dalam tulang. Hanya setengah cawan daun bayam dapat memberikan keperluan harian vitamin K. Bayam juga sebagai sumber kalsium yang membantu mengekalkan tulang yang kuat.

5) Kacang pis hijau yang segar

Kacang pis hijau penuh dengan kalsium, fosforus, sodium, besi, kalium, vitamin A dan C, niacin dan magnesium. Oleh yang demikian, kacang pis hijau amat bermanfaat untuk mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah. Selain itu, kacang pis hijau diiktiraf sebagai ubat pencegah darah beku. Apabila diarahkan oleh doktor untuk berehat di katil dan tidak dapat bergerak selama beberapa minggu, adalah sangat penting untuk mengelakkan darah beku daripada terjadi. Itulah sebabnya mengapa kita perlu masukkan kacang pis hijau yang segar dalam diet seharian.


Makanan berikut ini tidak mempercepatkan proses penyembuhan tulang, tetapi mereka tetap penting sepanjang tempoh penyembuhan tulang yang patah.

6) Fennel



Fennel seeds (jintan manis) digunakan secara tradisional untuk melegakan usus dan membuang angin. Bagi mereka yang patah tulang dan mempunyai pergerakan yang terhad, jintan manis boleh membantu dalam pencernaan makanan. Jika anda sebelum ini sentiasa aktif tetapi tiba-tiba terpaksa mengurangkan pergerakan sementara menunggu tulang untuk sembuh, jintan manis boleh membantu tubuh menghadapi perubahan tersebut.

7) Pasli

Pasli mempunyai keupayaan bertindak sebagai julap yang lembut. Salah satu kesan sampingan daripada ubat penahan sakit yang ditetapkan kepada orang-orang yang mengalami patah tulang ialah sembelit. Oleh itu, pasli sebagai julap yang lembut adalah makanan yang yang sangat membantu dalam proses penyembuhan tulang yang patah.


SUMBER


Tahukah uolls suplemen kesihatan Shaklee yang selalu di kaitkan dengan kesihatan tulang?
Mereka ialah Ostematrix dan Omega Guard!
Boleh baca tentang Ostematrix kat 👇

Ostematrix
Testimonial Pengguna Ostematrix
Omega Guard
Asid Lemak Omega-3

Berminat nak dapatkan Ostematrix dan Omega Guard Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ni.



Comments

Post a Comment

Popular Posts