Makanan Yang Membantu Menyingkirkan Parasit Dalam Usus

Assalamualaikum uolls 👋

Tahu tak uolls mungkin pernah dijangkiti parasit? Parasit adalah istilah yang digunakan untuk menyebut makhluk hidup yang hidupnya bergantung pada makhluk hidup yang lain. Istilah parasit  banyak ditemukan dalam bidang biologi. Istilah ini merujuk pada organisma-organisma yang hidup dengan cara menempel dan menghisap nutrisi dari perumahnya. 

Parasit datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan banyak dan wujud merentasi sempadan terutama negara-negara yang kurang membangun dan mempunyai penjagaan kesihatan yang lemah. Kebiasaannya parasit adalah mikroskopik dan sering merebak melalui makanan dan air.

Jangkitan parasit boleh menyebabkan buta, kegagalan jantung, sawan dan paling berbahaya kematian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan semulajadi yang berkesan untuk membantu kita melawan parasit. Diet yang sihat dapat menjadikan badan kita tempat yang dibenci oleh parasit.

1) Bawang putih
Bawang putih adalah sangat mujarab kerana ia berkesan untuk mengeluarkan parasit seperti roundworms (cacing bulat) dan giardia (parasit mikroskopik yang menyebabkan cirit birit).

2) Bawang besar
Bawang besar mengandungi sebatian sulfur yang berpotensi membunuh parasit. Jus bawang terutamanya berkesan untuk merawat cacing dalam usus seperti threadworms (cacing tanah) dan tapeworms (cacing pita). Minum 2 sudu teh jus bawang dua kali setiap hari selama kira-kira 2 minggu.
P.S: Macam mana nak telan ya? 😆

3) Minyak kelapa dara
Kelapa kaya dengan khasiat pemakanan yang mengandungi lemak tepu semulajadi. Lemak tepu ini berupaya untuk menyingkirkan parasit dalam badan. Ia menyahtoksin badan dan menghalang pembentukan giardia. Ramai orang cenderung untuk mencampurkan minyak kelapa dara ke dalam smoothies atau minuman lain dan ia boleh digunakan dalam pelbagai resepi.

4) Biji labu
Kajian telah membuktikan bahawa biji labu ada kesan anthelmintic semulajadi dalam sistem penghadaman yang bermaksud ia mampu menyembuhkan parasit dalam usus. Biji labu membantu menyingkirkan parasit daripada badan kita. Caranya ialah parasit menjadi lumpuh oleh sebatian yang hadir dalam biji labu tersebut membuatkan mereka tidak dapat berpaut pada lapisan usus.

5) Nanas
Nanas mengandungi bromelain iaitu enzim penghadaman yang membantu membersihkan usus daripada jangkitan parasit seperti cacing pita.

6) Biji betik
Satu kajian baharu mendedahkan bahawa orang yang mengambil biji betik yang dicampurkan dengan madu berupaya menyingkirkan parasit dalam usus mereka dalam 23 kes daripada 30 kes. Biji ini mempunyai satu rasa seperti lada dan boleh ditaburkan ke atas salad.
P.S: Siapa makan biji betik ya? 😆

7) Badam
Badam mempunyai kesan anti parasit yang membantu untuk melegakan kerengsaan usus dan menghalang pertumbuhan parasit, menurut kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Ethnopharmacology. Ini kerana badam mempunyai kepekatan asid lemak yang tinggi.

8) Aloe vera (pokok lidah buaya)
Tumbuhan ini terkenal dengan manfaat perubatan untuk segala macam gejala seperti kulit terbakar dan frostbite. Aloe vera juga boleh digunakan untuk menyingkirkan parasit yang degil. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang berbeza, yang paling popular ialah gel, jus, serbuk dan tablet. Walaubagaimanapun wanita hamil dan kanak-kanak kecil perlu berjumpa doktor sebelum mengambil aloe vera.

9) Epazote (teh Mexico)
Herba ini adalah berasal dari Amerika Tengah dan Selatan dan banyak digunakan di dapur dan juga sebagai ubat-ubatan. Ia dipercayai membantu mengurangkan kembung dan menyingkirkan parasit seperti cacing kerawit dan cacing pita. Caranya ialah dengan mengisar daun herba ini dan direndam ke dalam teh untuk diminum. Jangan gunakan benihnya kerana ia beracun!
P.S: Mungkin hanya sesuai untuk orang Mexico 😉



10) Minyak oregano
Minyak ini adalah penawar parasit yang sangat berkesan. Tambah beberapa titis dalam segelas air dan minum tiga kali sehari. Ramai orang menggabungkan minyak oregano dengan jus lemon untuk menambah rasa dan sumber vitamin.

11) Kulit pokok delima
Kulit pokok delima sering digunakan untuk merawat cirit-birit dan jangkitan pada usus yang menyebabkan cirit-birit kronik bercampur darah dan mukus. Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai mengambil kulit pokok delima ini. Dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk mengelakkan muntah-muntah.
P.S: Buah delima pun dah banyak khasiat!



SUMBER

Comments

  1. bagus info ni...memang ada sekeliling kita ja benda-benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kalau sakit perut boleh cari kat dapur dulu 😉

      Delete

Post a Comment

Popular Posts