Apa Yang Patut Diketahui Tentang Sembelit

Assalamualaikum semua 👋

Bercerita mengenai sembelit, macam mana nak tahu sama ada ianya normal atau tidak?
Meh baca apa yang patut diketahui tentang sembelit.

Mitos 1:
Harus membuang air besar setiap hari.

Fakta:
Sesetengah orang membuang air besar 3 kali sehari manakala ada juga yang pergi ke tandas 3 kali seminggu. Bergantung kepada diet, gaya hidup dan kesihatan usus, kekerapan membuang air besar adalah berbeza bagi setiap orang. Walaubagaimanapun jika seseorang itu ke tandas kurang daripada 3 kali seminggu ia dianggap sembelit. Lebih kronik lagi jika hanya membuang hanya sekali seminggu atau tak langsung!

Mitos 2:
Perlu makan serat untuk elak sembelit.

Fakta:
Tidak dinafikan serat adalah salah satu diet yang sangat penting tetapi kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam pengambilan serat di kalangan orang yang sembelit dan mereka yang tidak. Ia mungkin disebabkan oleh keadaan perubatan atau kesan sampingan dari beberapa ubat. Walaubagaimanapun menambahkan makanan yang kaya dengan serat ke dalam diet untuk meningkatkan kuantiti najis yang dibuang dapat membantu dalam kebanyakan kes sembelit.

Mitos 3:
Semua julap boleh membawa kepada kebergantungan.

Fakta:
Penggunaan julap tertentu secara berlebihan boleh menyebabkan kebergantungan dan fungsi usus menurun. Untuk pelawasan sekali sekala pilih penyelesaian yang selamat dan lembut yang mengandungi campuran herba tradisional termasuklah daun senna untuk membantu meredakan sembelit ringan.

Mitos 4:
Stress dapat merangsang pergerakan usus.

Fakta:
Stress sebenarnya diketahui menyebabkan perut menjadi tidak teratur dan mudah sembelit. Fikiran dan emosi boleh memberi kesan kepada kesihatan perut dan usus. Oleh itu penting untuk kita menangani stress untuk pencernaan yang sihat.

Mitos 5:
Tingkatkan pengambilan air untuk merawat sembelit.

Fakta:
Minum lebih banyak air tidak akan menggerakkan usus jika sudah terkena sembelit. Jika minum lebih banyak air secara kerap sebelum sembelit berlaku mungkin kurang mendapat masalah kerana cecair tambahan membantu mengekalkan najis lembut dan memudahkan pembuangannya. Pastikan tubuh badan kekal terhidrat untuk mengelakkan sembelit berlaku.

Apakah produk Shaklee yang dapat membantu memulihkan keseimbangan penghadaman semulajadi dan menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan?

Herb-Lax mengandungi campuran daun senna, kulit pokok buckthorn, likuoris, daun alfalfa, akar culver, jintan hitam, jintan manis, akar rhubarb dan bunga mallow biru yang bertindak sebagai julap lembut dan selamat untuk menyokong sistem penghadaman yang sihat.


Boleh baca lagi kat SINI

Nak cuba Herb-Lax? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.

Comments

Popular Posts