Jalan-jalan Cari Makan di Singapura

Assalamualaikum uolls 👋

Cuti Tahun Baharu Cina yang lalu Kak Laili berpeluang berkunjung ke Singapura. Ini kali kedua. Dah lupa bila kali pertama ke Singapura. Masa tu memang target nak ke Singapore Zoo sahaja. Jadi kali ni target nak jalan-jalan cari makan pula.

Memandangkan cuti Tahun Baharu Cina ramainya pelancong dari Tanah Besar China. Sesak juga di kawasan Orchard dan Bayfront. Tapi itu tak jadi masalah sebab Kak Laili bukan nak shopping pun.

Meh Kak Laili share gambar sikit hehehe

1) Singapore Zam Zam Restaurant, North Bridge Road.
  • Kak Laili order nasi beriyani masa dinner pastu singgah lagi untuk breakfast murtabak daging kambing. Kedua-dua menu dapat banyak review bagus di internet. Memang sedap lah!
  • Saiz murtabak memang besar. Kenyang sampai ke tengah hari 😆

nasi beriyani daging & nasi beriyani ayam

murtabak daging kambing

2) Rumah Makan Minang, Kandahar Street.
  • Kak Laili order lontong untuk breakfast. MasyaAllah memang terbaikkk! Dia bagi telur sebiji tau. Sambal kelapa memang sedap!
  • Saiz makanan di Singapura ni besar-besar belaka 😅

lontong Rumah Makan Minang

3) Restoran Hajah Maimunah, Jalan Pisang.
  • Restoran ni juga menyajikan makanan Minang. Nasib baik masih ada meja kosong. Kalau tak kempunan nak rasa! Sedapnya sambal kicap dia....
  • Tengoklah betapa besar saiz nasi dan lauk-pauknya hahaha.
  • Ada juga dijual desserts seperti bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat pisang dan kuih-muih.

masak lemak ayam & gulai nangka

rendang daging Minang & masak lemak pucuk ubi

ikan cencaru bakar

4) Kampong Glam Cafe, Bussorah Street.
  • Pagi tu Kak Laili target nak breakfast kacang pol kat sini. Tapi menu kacang pol waktu petang baru ada. Jadi Kak Laili order lontong lah. Baca review memang recommended. Tak menyesal tau breakfast lontong buat kali kedua. Memang sedap!
  • Ada juga menu nasi lemak, mee kari dan kuih-muih.



lontong Kampong Glam Cafe

Masjid Sultan Kampong Glam

5) Fika Swedish Cafe and Bistro, Beach Road.
  • nama pun Swedish kan jadi menunya mestilah makanan Sweden. Sebab dia halal dan dapat banyak review bagus Kak Laili pun cuba. Sedap.....memang berbaloi!

garlic pasta with meatballs

herb-crusted salmon

6) All Things Delicious, Arab Street.
  • Tiba-tiba nak makan kek pula. Singgah di cafe ni. Banyak dessert menarik!

sea salt caramel chocolate brownie

7) Tash Tish Tosh, Kandahar Street.
  • Hari sebelum tu Kak Laili nak dinner kat sini tapi meja dah penuh. Esoknya baru berjaya. Fish and chips dia portion besar. Terlebih kenyang jadinya hahaha.

nasi goreng wagyu beef

fish and chips

Satu lagi benda menarik masa di stesen-stesen MRT Singapore ialah hashtag dengan kartun comel di pintu-pintu tren. Tengok ni 👇


#MoveInMartin ~ suruh masuk dalam lagi supaya orang lain boleh naik tren juga

#BagDownBenny ~ jangan sandang beg di belakang nanti menyusahkan orang lain

#StandUpStacey ~ silalah berikan tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan

#GiveWayGlenda ~ jangan halang laluan orang keluar tren

#HushHushHannah ~ jangan cakap kuat-kuat takde orang nak tahu kisah awak

Menarik kan? Kak Laili tak tau kalau ada lebih lagi kartun hashtag ni. 5 ni sahaja yang berjaya jumpa 😁

Kak Laili juga berkesempatan ke Gardens By The Bay pada waktu malam. Baru nampak cantik kan....Tunggu dari petang lagi nak tengok lampu menyala 😂








Akhirnya tibalah hari untuk pulang ke Malaysia. Terminal 4 Changi Airport sangat cantik, banyak tempat duduk, luas dan banyak kedai. Perjalanan dari kaunter imigresen ke pintu berlepas pun tak jauh.







Satu lagi nak cerita, Shaklee di Singapura boleh dibeli di farmasi. Kak Laili jumpa di Guardian Singapore dan di Terminal 4 Changi Airport. Semestinya itu persetujuan dagangan di antara pihak berkanun Singapura dan Shaklee. Tak sama dengan di Malaysia.




Itu sahaja cerita jalan-jalan cari makan Kak Laili di Singapura. Bagaimana pula uolls habiskan cuti Tahun Baharu Cina?

Comments

  1. Jauhnya k. Laili food hunting. Nampak sedap belaka semuanya tu I is terlioq la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh lah ummi & walid plan utk cuti sekolah bulan 3 😉😉

      Delete
  2. memang ada plan nak JJCM ke Singapore. cuma masa tu tatau bila lagi..
    ni pasti akan jadi rujukan. i looike makan2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe apa lagi siti cuti sekolah dekat dah 😉😉

      Delete
  3. Wow, this is really interesting reading. I am glad I found this and got to read it. Great job on this content. I like it. See Instagram photos and videos from Pictaram.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts