Apakah Yang Terjadi kepada Tubuh Badan Apabila Mengambil Protein Shake

 Assalamualaikum semua 👋

Selalunya selepas senaman yang agak mencabar ramai yang suka mengambil protein shake kerana ianya lazat, membantu menguatkan otot dan rasa lebih puas. Adakah protein shake sihat untuk diminum?  

1) Protein shake membantu mencukupkan jumlah protein harian yang diperlukan oleh tubuh badan.

Walaupun protein ditemui dalam pelbagai makanan orang yang mengamalkan cara pemakanan seperti vegetarian dan vegan sukar mendapatkan jumlah protein yang betul untuk tubuh badan. Protein shake boleh menjadi cara mudah untuk mendapatkan asid amino penting.

Menurut Rachel Paul, PhD, RD dari CollegeNutritionist.com, badan kita menghasilkan asid amino tetapi yang dipanggil 'asid amino penting' diperolehi melalui diet harian. Sumber protein daripada haiwan menyediakan asid amino penting yang dikenali sebagai sumber protein 'lengkap'. Walau bagaimanapun, makanan berasaskan tumbuhan tidak menyediakan beberapa asid amino dan dikenali sebagai sumber protein 'tidak lengkap'. 

"Mengambil makanan tambahan protein seperti kolagen berkualiti tinggi, serbuk protein atau protein bar adalah cara untuk mendapatkan semua 20 asid amino penting," kata Tori Simeone, jurulatih untuk Tone It Up. "Agak sukar untuk mendapatkan semua 9 asid amino penting pada setiap hari terutamanya kepada vegetarian, jadi menambahnya dengan suplemen protein berkualiti tinggi boleh menjadi sangat penting."


2) Membantu pertumbuhan otot.

Otot memerlukan protein untuk berkembang dan kekal kuat dan penting untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhan. "Protein adalah penting untuk kehidupan," kata Rachel Paul. "Protein membina otot dan organ kita dan juga membina enzim, hormon dan neurotransmitter."

"Protein (asid amino) penting dalam pertumbuhan dan perkembangan otot dan tisu lain, membantu menyediakan struktur, membantu mengekalkan keseimbangan pH dan keseimbangan cecair yang betul, bertindak sebagai utusan kimia yang membantu komunikasi antara sel, tisu dan organ-organ tubuh," kata Amy Goodson, MS, RD, CSSD, LD dan pengarang The Sports Nutrition Playbook.


3) Kemungkinan memakan toksin dan logam berat.

Walaupun protein shake membantu dalam pertumbuhan otot dan boleh menjadi sumber protein yang mudah bagi mereka yang tidak mendapat semua asid amino, kita harus berwaspada. Kebanyakan serbuk protein mengandungi toksin berat dan logam termasuklah plumbum. Ini disebabkan oleh cara sumber protein tersebut ditanam dan dihasilkan dan jika mengambil terlalu banyak boleh mengalami tahap toksin yang tinggi dalam sistem tubuh badan.

"Sesiapa yang mengambil serbuk protein atau apa-apa makanan tambahan perlu melakukan penyelidikan terlebih dahulu dan memilih suplemen yang telah diuji oleh pihak ketiga," kata Amy Goodson. "Ini boleh membantu meminimumkan risiko bahawa serbuk protein dan makanan tambahan mengandungi bahan-bahan lain yang tidak terdapat pada label." 


4) Protein shake boleh membantu dengan pemulihan selepas senaman.

Bukan sahaja protein shake baik untuk otot ia juga boleh membantu dalam pemulihan selepas senaman. Mengambil protein sekurang-kurangnya 30 minit selepas senaman membantu memulihkan otot dan membaiki tisu otot. "Makanan seperti protein bar atau smoothies atau shake sedia untuk diminum boleh menjadi pilihan yang hebat sebagai snek selepas senaman untuk membantu memastikan kita mendapat protein yang diperlukan untuk memulakan pemulihan otot selepas senaman," Amy Goodson.

"Adalah sangat penting selepas senaman untuk memulihkan otot," kata Tori Simeone. "Di samping itu, protein memainkan peranan penting dalam menghasilkan antibodi yang diperlukan untuk fungsi imun, enzim penting dan hormon yang membantu meningkatkan mood dan banyak lagi!"


5) Protein shake membantu membendung kelaparan.

Jumlah protein yang betul dalam diet seharian akan membantu dengan berasa kenyang secara keseluruhan. Oleh itu protein shake membantu kita berasa kenyang selama berjam-jam.

"Protein juga melambatkan penghadaman, jadi ia membantu membuatkan kita berasa kenyang lebih cepat, kekal lebih lama dan mengekalkan gula darah yang stabil," kata Amy Goodson.

"Protein membendung kelaparan dan mengekalkan komposisi tubuh badan yang sihat," kata Tori Simeone.

SUMBER


💗 ESP Shaklee adalah sumber protein yang sihat sebagai suplemen tambahan. 











Info lagi SINI dan SINI JUGA


Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 untuk dapatkan ESP Shaklee hari ini.


Comments

Post a Comment

Popular Posts