Bagaimana Memilih Serbuk Protein Yang Terbaik?

Assalamualaikum uolls

Serbuk protein merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan tubuh badan memperolehi khasiat protein yang mencukupi setiap hari. Ianya senang disediakan dan boleh diminum di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun terdapat berbagai-bagai jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran. Jadi yang mana satukah yang terbaik?

Perhatikan Ciri-ciri Ini Di Dalam Serbuk Protein Yang Dipilih:

1) Pilih protein tumbuhan daripada soya.
  • Soya sesuai untuk semua golongan masyarakat termasuklah mereka yang sensitif kepada laktosa. 
  • Pengambilan 25 gram protein soya setiap hari memberi kesan penurunan tahap kolesterol.
  • Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopaus menangani sindrom menopaus seperti berasa panas.
  • Protein soya adalah 100% tumbuhan jadi amat sesuai untuk mereka yang vegetarian.

2) Tiada tambahan gula pasir.
  • Ada sesetengah pengeluar serbuk protein yang menambah gula pasir ke dalam produk keluaran mereka sebagai penambah perisa.
  • Protein soya membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.
  • Pengambilan protein membantu memastikan kita tidak mengambil kalori yang berlebihan.

3) Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah.
  • Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakkan gula darah dan mengakibatkan kita mudah letih, mudah marah dan mudah lapar.
  • Protein soya dengan GI yang rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.
  • Menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama jadi kuranglah rasa nak mengunyah snek yang tidak menyihatkan.
  • Membantu pemakanan seimbang dan mengawal berat badan.

4) Lengkap dengan 9 asid amino penting.
  • Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein.
  • Pengambilan 9 asid amino penting membantu fungsi badan yang optimum.
  • Asid amino membantu proses biologi seperti memberi struktur pada sel, mengangkut dan menyimpan nutrien, membentuk organ, kelenjar dan otot.
  • Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

5) Bukan GMO.
  • Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.
  • Sumber bukan GMO memastikan nutrien kekal dalam makanan.
  • Sumber bukan GMO adalah makanan yang lebih sihat dan selamat.

6) Rendah lemak.
  • Protein rendah lemak membantu mengekalkan jisim otot.
  • Ia juga membantu mengekalkan tahap kolesterol badan.
  • Jadi pilihlah kurang daripada 3 gram lemak untuk setiap 100 gram serbuk protein.

Haaa......Bila dah baca tips di atas tahulah kita ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee adalah serbuk protein yang memenuhi ciri-ciri serbuk protein yang terbaik!



Nak dapatkan ESP Soy Protein Isolate Powder? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ni 😁

Jom baca lagi kat :





Comments

Popular Posts