18 Makanan Untuk Membersihkan Arteri

Assalamualaikum semua 👋

Mengikut Wikipedia, arteri merujuk kepada saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung. Semua arteri, dengan pengecualian arteri pulmonari dan arteri umbilikal, membawa darah beroksigen.
Arteri merupakan komponen utama system peredaran yang penting bagi benda hidup. Ia berfungsi menghantar oksigen dan nutrien kepada semua sel, dan juga untuk menyingkirkan karbon dioksida serta bahan buangan daripada tubuh badan.
Penyakit jantung merupakan salah satu punca utama penyebab kematian. Ini adalah kerana sesetengah makanan membawa kepada pembentukan plak di dalam arteri, menghalang aliran darah dan meningkatkan risiko untuk aneurisme (terjadinya pelebaran pembuluh darah secara abnormal seperti belon disebabkan adanya dinding arteri yang menjadi lemah), serangan jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan angin ahmar.




Walau bagaimanapun, ada juga makanan tertentu yang boleh menghalang plak daripada membentuk dan menyebabkan arteri tersumbat. Sebahagian daripadanya adalah:

1) Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah minyak sihat yang baik untuk kesejahteraan jantung. Pertama, ia membekalkan badan dengan lemak sihat dan kedua, ia berfungsi untuk mengurangkan kolesterol jahat.
Minyak zaitun boleh dimakan setiap hari dengan cara menambahnya kepada pasta, salad atau sayur-sayuran. Penggunaan kerap minyak zaitun telah terbukti mengurangkan risiko angin ahmar sebanyak 41%.

2) Sterol tumbuhan
Sterol adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Sebatian ini mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, jadi mereka akan bersaing dengan kolesterol untuk mendapatkan tapak serapan seterusnya menghalang kolesterol diserap ke salur darah. Sterol tumbuhan sering ditambah kepada yogurt dan salad dressing. Cara nak tahu ialah dengan menyemak label pada pek yogurt dan salad dressing.

3) Kekacang
Kekacang mengandungi lemak baik seperti lemak mono tak tepu, asid lemak omega-3 dan asid alpha linoleic yang merupakan sebatian membantu menurunkan kadar kolesterol jahat. Segenggam walnut, gajus atau badam boleh memberikan nutrisi yang secukupnya. Gantikan snek yang tidak menyihatkan dengan kekacang.

4) Asparagus
Asparagus adalah sayuran hijau yang membantu mengeluarkan darah beku, mengurangkan radang dan membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Asparagus sesuai dalam resepi sup, salad atau pasta dan boleh juga dimakan begitu sahaja.

5) Brokoli
Brokoli merupakan sumber vitamin K yang menghalang kalsium daripada merosakkan arteri. Brokoli merendahkan paras kolesterol jahat dan membantu pengawalan tekanan darah yang sihat. Secawan brokoli membekalkan nutrisi yang secukupnya ketika makan tengah hari atau menambahkannya kepada salad atau sup.

6) Pisang kaki (persimmons)
Pisang kaki kaya dengan serat, polifenol dan antioksidan. Tiga sebatian ini membantu menghalang pembentukan kolesterol, mengurangkan tahap trigliserida dan kolestrol jahat dan melawan radikal bebas. Itulah sebabnya pisang kaki dianggap sebagai super fruit. Boleh dimakan begitu sahaja, ditambah kepada salad ataupun dibuat jem.

7) Salmon
Sama seperti kekacang, ikan salmon mengandungi lemak sihat. Ia kaya dengan asid lemak omega-3, yang membantu mengurangkan tahap trigliserida, mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras kolesterol baik. Selain salmon, ikan kembung, tuna dan herring juga menawarkan faedah-faedah kesihatan yang sama.

8) Kunyit
Tumbuhan berwarna kuning ini mengandungi curcumin yang mempunyai ciri-ciri menghapuskan lemak dan mengurangkan radang bermanfaat bagi kesihatan arteri. Kunyit ditambah pada resepi kus-kus, nasi atau daging. Kunyit juga boleh direbus dan diminum untuk memperolehi pelbagai manfaat kesihatan.

9) Kulit kayu manis

Mengikut kajian saintifik, kulit kayu manis membantu menghalang plak daripada membentuk di dinding arteri seterusnya mengurangkan tahap kolesterol jahat sebanyak 26%. Caranya ialah dengan menambah beberapa sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dalam makanan atau minuman.

10) Jus oren

Segelas jus oren segar dipenuhi dengan nutrien dan jumlah antioksidan yang tinggi. Ia seterusnya meningkatkan fungsi salur darah. Jus oren juga telah dapat menurunkan tekanan darah diastolic (waktu rehat). Kita disarankan untuk minum 2 gelas jus oren sehari. Minum sebagai snek atau perkara pertama di waktu pagi dengan sarapan.

11) Spirulina

Spirulina adalah alga yang kaya dengan mineral, vitamin, karotenoid, antioksidan dan protein. Ia boleh didapati di pasaran dalam bentuk serbuk dan boleh ditambah kepada smoothies atau dalam bentuk flakes yang boleh ditambah kepada salad. Superfood ini membantu mengawal atur tekanan darah yang sihat dan melegakan dinding arteri. Mengikut kajian, pengambilan yang kerap boleh membantu kolestrol jahat turun sebanyak 10% manakala tahap kolesterol baik boleh meningkat sebanyak 15%.

12) Kranberi

Kranberi adalah sumber potassium yang hebat. Beri ini telah terbukti menurunkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik. Meminum jus kranberi secara kerap membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40%. Kranberi lazat sebagai pai, salad, sebagai snek dan dibuat jus ketika sarapan.

13) Teh hijau

Teh hijau yang diminum panas mengandungi antioksidan cetachin memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Ia menghalang kolesterol daripada diserap oleh badan dan mengelak obesiti. Boleh diminum secawan atau dua pada bila-bila masa setiap hari.

14) Tembikai

Tembikai adalah buah yang sangat menyegarkan. Boleh dibuat jus, salad atau dimakan begitu sahaja! Tembikai mengandungi banyak L-Citrulline, sejenis antioksidan yang merangsang pengeluaran nitrik oksida yang membantu meluaskan saluran darah dan secara umumnya menggalakkan kesihatan jantung yang lebih baik.

15) Bijirin penuh

Bijirin penuh membantu merendahkan paras kolesterol jahat. Ini kerana jumlah serat larut air yang ditemui di dalam bijirin adalah sangat tinggi. Serat ini menempel pada kolesterol jahat dan menghalangnya daripada terbina di dalam arteri. Bijirin penuh banyak didapati dalam roti gandum penuh, oatmeal sebagai sarapan, dalam cereal dan dalam beras perang.

16) Bayam

Bayam adalah sayuran hijau yang kaya dengan potassium dan folat yang membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak sebanyak 11%. Bayam segar membantu menghalang arteri daripada tersumbat dan merendahkan kadar tekanan darah tinggi. Bayam boleh dimakan sebagai salad, sandwic dan hidangan sampingan.

17) Buah delima

Buah delima boleh ditambah ke dalam salad, smoothies atau dibuat jus. Ianya juga kaya dengan fitokimia yang menggalakkan pengeluaran nitrik oksida, membantu untuk menghalang arteri daripada tersumbat. Fitokimia ini juga mengawal pengaliran darah yang sihat.

18) Avokado

Avokado terkenal kerana kandungan lemak sihatnya. Buah ini boleh mengurangkan kolesterol jahat sebanyak 17% dan juga meningkatkan kolesterol baik. Resepi avokado kegemaran ramai ialah guacamole. Avokado sesuai ditambah di dalam salad dan sandwich.

SUMBER

Jemput baca:
Phytocol-ST dan Kolesterol
Set Kolesterol

Jangan lupa dapatkan suplemen kesihatan Shaklee dengan me-WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 ye.

Comments

Popular Posts