Resepi Berbuka Puasa - Sardin Telur Bungkus

Assalamualaikum

Hari ni Kak Laili share pula resepi sardin untuk berbuka puasa. Boleh lah cuba ye uolls.

Ringkas dan senang untuk disediakan πŸ˜‰

Resepi Sardin Telur Bungkus
Sumber: RASA.MY

Bahan-bahannya:

  1. 1 tin sederhana sardin - diasingkan daripada kuahnya
  2. 1 pokok daun bawang - dihiris halus
  3. 1/2 biji bawang holland - didadu halus
  4. 1 sudu besar pes cili kering
  5. sedikit cili benggala - didadu halus
  6. 1/2 biji tomato - didadu halus
  7. 1 biji bawang putih - dicincang halus
  8. 3 biji telur
  9. secubit garam
  10. secubit serbuk lada sulah
  11. 1 sudu besar minyak masak
  12. sedikit gula mengikut citarasa 

Cara menyediakannya:
  1. Isi sardin dilenyek di dalam mangkuk dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu
  3. Masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak
  4. Masukkan sardin, cili benggala, tomato dan kacau rata
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Setelah kering tutup api
  7. Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam dan lada sulah
  8. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  9. Masak telur dadar mengikut saiz yang sesuai untuk isi sardin tadi
  10. Setelah garing letakkan isi sardin dan daun bawang ditengah-tengah dan lipat
  11. Angkat dan sedia untuk dihidangkan


sardin telur bungkus daripada rasa.my


Comments

  1. Wah macam sedap je Kak. Sardin & telur dua-dua my favorite. Kena buat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah cuba sedappp. Mesti try buat berbuka 😁

      Delete

Post a Comment

Popular Posts