Terjebak Dengan Riclutch Rizalman

Assalamualaikum

Pernah tak uolls visit website https://www.sometime.asia/ untuk shopping handbags?

Kak Laili pernah beli beg daripada mereka. Kali terakhir Kak Laili beli beg ialah bulan Jun tahun lepas 😆

Nak dijadikan cerita Kak Laili dapat email mengatakan bahawa unit reserve untuk beg yang direka oleh Rizalman Ibrahim akan dikeluarkan pada 11 Jun. Sebelum ni memang Kak Laili suka tengok design beg tu cuma tak tergerak hati nak beli pun. Selalunya akan sold out cepat sangat di website.

Akhirnya Kak Laili terbeli juga pada keesokan harinya bila didapati masih available, belum sold out lagi 😂






Riclutch oleh Rizalman


Masih ada lagi warna-warna lain dalam stok kalau uolls berminat nak membeli. Boleh lah visit 👉 SOMETIME

Antara beg yang pernah Kak Laili beli sebelum ni ialah:


Niko Niko Bucket Bag

Basta Bag oleh Alia Bastamam


Saja Kak Laili nak cerita. Almaklumlah lama dah tak shopping handbag kannn…..

Comments

  1. Selamat hari raya k.laili...

    Wah pengumpul handbag juga rupanya akak ye :p

    Cantik2 bags akak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya!! Terima kasih :) Nak beli Birkin Kak Laili tak mampu kihkihkih

      Delete

Post a Comment

Popular Posts