Penyakit HFMD

Assalamualaikum semua

Setiap hari kita mesti nak tahu berita terkini tentang penularan wabak HFMD di Malaysia. Nampaknya semakin hari semakin meningkat kes HFMD ni kan. Risau juga kita pada anak-anak terutama yang berada di nurseri, taska dan sekolah. Penyakit HFMD senang berjangkit di kalangan kanak-kanak. Tapi jangan lupa. Boleh juga berjangkit kepada orang dewasa!

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut. HFMD ialah penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.


HFMD berjangkit melalui sentuhan langsung dengan pesakit melalui cecair di hidung, kulit dan lain-lain anggota badan seperti juga bersin dan batuk. Ia juga boleh berjangkit secara tidak langsung iaitu dengan sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut seperti sudu, garfu, tuala dan berus gigi. Begitu juga peralatan lain yang telah tercemar dengan virus ini seperti tombol pintu dan troli di pasaraya.
Ruam merah muncul pada bahagian tangan, kaki dan mulut yang berkemungkinan menjadi lepuh. Di antara simptom-simptom HFMD kepada kanak-kanak ialah:
  1. demam
  2. hilang selera makan
  3. tidak aktif
  4. muncul ulser pada bahagian mulut
  5. sakit tekak

Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti HFMD akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut manakala sebilangan lagi mungkin dijangkiti tanpa adanya sebarang tanda atau gejala.

Sebenarnya tiada ubatan atau rawatan khusus untuk membunuh virus HFMD ini. Rawatan diberi bagi demam dan kesakitan pada bahagian tangan, kaki dan mulut sahaja. Amat penting kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD diberikan minuman secara berterusan untuk mengelakkan dehidrasi. 

Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit HFMD. Oleh itu, ibubapa dan orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
  1. Kerap mencuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan oleh pesakit.
  2. Elakkan sentuhan secara langsung dengan pesakit.
  3. Elakkan dari berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan pesakit HFMD.
  4. Jangan menyentuh bahagian tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit HFMD.
  5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah atau tempat kerja dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas.


Baca lagi untuk lebih info di SINI

Produk Shaklee juga boleh dijadikan ikhtiar untuk mencegah HFMD daripada berjangkit. Ini kerana produk Shaklee semulajadi dan selamat digunakan tidak hanya kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak. Antara produk yang disarankan ialah:
  1. Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
  2. Get Clean Fresh Laundry Concentrate
  3. Shakleebaby
  4. Herbal Blend Multipurpose Cream

Manakala untuk menguatkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit, ibubapa boleh ikhtiar dengan:
  1. Omega Guard
  2. Sustained Release Vita-C Plus
  3. Garlic Complex
  4. produk Shaklee yang mengandungi ramuan polifenol seperti Vivix dan CoQ-Trol Plus






Apa yang sangat penting ialah utamakan kebersihan tidak kira di mana kita berada. Orang yang sentiasa bersih sangat jarang dijangkiti penyakit kan?


Comments

  1. Mmg risau kak, saya kat tadika ni bimbang kalo ada jangkitan, nnt tadika kena tutup, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...sebab senang berjangkit kan. Kesian tengok budak2 kalau sakit. Kita orang dewasa pun rasa terseksa inikan pulak bebudak :(

      Delete

Post a Comment

Popular Posts