Makanan Sebagai Perangsang Kolagen Dalam Tubuh Badan

Assalamualaikum semua 👋

Kolagen adalah struktur protein utama yang didapati dalam banyak tisu penghubung yang berlainan dalam badan kita. Kolagen bertanggungjawab untuk mengekalkan kulit yang anjal dan menjadikan kulit kelihatan muda. Itulah sebabnya jika tahap kolagen terlalu rendah kulit senang berkedut menjadikan kita nampak lebih berusia lebih cepat. Jika ingin memaksimumkan jumlah kolagen dalam badan lebihkan makan makanan ini:

1) Ikan salmon.



Ikan salmon kaya dengan mineral yang bertanggungjawab untuk penghasilan kolagen seperti zink. Ia juga mengandungi banyak lemak sihat omega-3 yang membantu menghidrat kulit dengan betul. Adalah disyorkan untuk makan 4 hingga 5 auns ikan salmon dua kali seminggu.

2) Sup tulang/air rebusan tulang.



Salah satu pilihan yang terbaik bagi mereka yang memerlukan kolagen ialah air rebusan tulang. Air rebusan tulang tidak merangsang pengeluaran kolagen tetapi ia sebenarnya mengandungi satu bentuk bioaktif kolagen yang boleh digunakan oleh badan kita serta-merta. Air rebusan ayam dan juga ayam belanda mengandungi kolagen jenis II yang menyokong kesihatan sendi manakala air rebusan daging lembu mengandungi kolagen jenis I yang menyokong kesihatan kulit. Untuk hasil terbaik disarankan mengambil 6 hingga 12 auns air rebusan tulang setiap hari.

3) Telur.



Seperti sup tulang, telur juga mengandungi kolagen secara langsung dalam kuning telur. Terdapat juga banyak sulfur dalam telur yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dan detoksifikasi hati. Sulfur dalam telur memastikan bahawa toksin yang memusnahkan kolagen dapat dihapuskan dari badan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik adalah disarankan untuk mengambil 2 biji telur sehari.

4) Chia seed.



Chia seed kaya dengan asid lemak omega-3 yang diperlukan untuk penghidratan dan pembaharuan sel kulit. Ia membantu kulit kelihatan licin dan lebih muda. Adalah disarankan untuk mengambil kira-kira 7 auns chia seed setiap hari.

5) Biji labu.



Biji labu kaya dengan zink seperti juga ikan salmon. Biji labu yang dimasak seperti digoreng adalah lebih berkhasiat daripada biji labu yang belum dimasak. Cara yang paling ideal ialah menambah 2 sudu besar biji labu ke dalam salad setiap hari.

6) Buah-buahan sitrus.



Buah-buahan sitrus mengandungi jumlah vitamin C yang banyak bagi membantu asid amino untuk menghasilkan proline iaitu bahan kimia yang penting dalam penghasilan kolagen. Makan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah setiap hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

7) Sayur-sayuran hijau.



Sayur-sayuran hijau mengandungi klorofil iaitu pigmen yang meningkatkan tahap kolagen kulit. Klorofil juga melindungi kulit dari penuaan, digunakan oleh tubuh badan untuk melawan radikal bebas dan radiasi UV yang berbahaya. Orang yang sangat aktif memerlukan 3 mangkuk sayur-sayuran sehari manakala orang biasa cukup dengan 2.5 mangkuk sahaja.

8) Buah beri.



Kebanyakan buah beri seperti kranberi, beri hitam, stroberi dan raspberi mengandungi asid ellagic yang membantu melindungi kulit dari menjadi rosak disebabkan oleh radiasi UV. Buah beri juga kaya dengan vitamin C. Adalah disyorkan untuk mengambil kira-kira 2.5 auns beri setiap hari untuk hasil yang terbaik.

9) Avokado.



Avokado mengandungi vitamin E yang membantu menghalang kerosakan kolagen dalam tubuh badan. Ia juga mengandungi lemak baik yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen. Makan separuh avokado sehari untuk kesan terbaik.

10) Tomato.



Tomato dipenuhi dengan likopena yang membantu melindungi kulit daripada cahaya UV dan merangsang penyatuan unsur-unsur (sintesis) kolagen. Tomato yang dimasak mengandungi banyak likopena manakala jus tomato mengandungi lebih lagi. Minum segelas jus tomato setiap hari dan lihat perbezaannya.

SUMBER




Comments

  1. Mak ana selalu rebus tulang kaki ayam. Salah satu sumber kolagen katanya.

    ReplyDelete
  2. Wow mudah saja Cara nak tambah kolagen rupanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts