Diet Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah Anda!

Assalamualaikum uolls,

Kita selalu fikir perkataan diet bersangkut paut dengan "meng-kuruskan" badan. Tetapi sebenarnya ia berkaitan dengan cara kita "menguruskan" nutrisi seimbang yang bertepatan dengan gaya hidup yang kita pilih. Diet tak semestinya untuk buang kalori berlebihan dalam badan sahaja. Ada orang pilih diet yang sesuai untuk kecerdasan mental dan kecergasan badan untuk mendapat kesihatan secara menyeluruh.

Tapi kan ada tak diet yang sesuai ikut jenis darah kita?

Jenis darah selalunya boleh beritahu banyak tentang personaliti kita. Jenis darah juga boleh tentukan apakah faedah yang kita dapat daripada makanan yang dimasukkan ke dalam badan kita.

Seorang pakar Diet Mengikut Jenis Darah, Dr. Peter D'adamo penulis buku "Eat Right For Your Type " percaya bahawa karakter seseorang dan makanan yang sesuai sebagai diet mereka boleh di tentukan melalui jenis darah.

Jom tengok apa personaliti menarik tentang diri uolls dan diet yang dicadangkan berdasarkan jenis darah uolls :

1) Darah Jenis A

Mengikut pendapat Dr. D'adamo orang yang berdarah jenis A adalah mereka yang sentiasa mahukan kehidupan yang harmoni dan seimbang. Mereka penting kan ketenangan fikiran dan berusaha mengecapinya. Mereka suka di kelilingi orang-orang yang berfikiran positif yang boleh membantu dan menyokong usaha mereka. Walaubagaimanapun orang berdarah jenis A adakalanya terlebih stress dan menyebabkan hormon yang tidak seimbang dalam badan mereka.

❗Jadi apakah diet yang dicadangkan untuk orang berdarah jenis A?

Mengikut Dr. D'adamo diet yang paling sesuai ialah Vegetarian. Diet ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung koronari dan kanser. Umum mengetahui bahawa susah nak elak daripada makan daging sebagai sumber protein. Bosan juga bila asyik gantikan dengan soya dan telur sahaja. Tetapi makanan vegetarian lah yang diperlukan oleh orang berdarah jenis A untuk meningkatkan sistem imun apabila hormon tidak seimbang. Makanlah daging pada kadar sederhana dan cuba lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin.

2) Darah Jenis B

Karakter utama orang berdarah jenis B ialah berdikari dan mudah menyesuaikan diri. Mereka lebih mudah mengecapi kejayaan dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Selalunya mereka lebih tenang, lebih berfikiran terbuka dan boleh menilai kebaikan dan keburukan sesuatu keadaan pada masa yang sama. Orang berdarah jenis B mempunyai tahap hormon kortisol yang tinggi apabila mereka stress. Tetapi asalkan mereka menjaga kesihatan dengan baik ini merendahkan risiko untuk dapat penyakit. Orang berdarah jenis B dikatakan lebih cergas fizikal dan cerdas mental apabila sudah berumur berbanding orang berdarah jenis lain.

❗Jadi apakah diet yang dicadangkan untuk orang berdarah jenis B?

Biasa nya orang berdarah jenis B jarang menghadapi masalah dengan makanan. Untuk meningkatkan metabolisme, mencegah kelesuan dan meningkatkan kadar penyimpanan cecair dalam badan adalah dicadangkan supaya orang berdarah jenis B mengurangkan pengambilan makanan seperti jagung, kacang tanah, lentil dan buckwheat. Untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah terutama sekali selepas waktu makan orang berdarah jenis B digalakkan melebihkan sayuran hijau, telur dan produk tenusu lain yang rendah lemak. Pengambilan daging ayam sepatutnya dikurangkan kerana walaupun ayam membekalkan protein sihat, ia mengandungi protein lectin (yang bersifat lekit) yang mungkin mengakibatkan masalah saluran darah penyebab strok ataupun penyakit jantung. Beralihlah kepada sumber protein lain seperti protein daripada sayur-sayuran atau kambing/biri-biri.

3) Darah Jenis O

Orang berdarah jenis O istimewa kerana mereka ada 2 antibodi. Satu menentang antigen A dan satu lagi menentang antigen jenis B. Itulah sebabnya orang berdarah jenis O dinamakan penderma darah universal. Badan orang berdarah jenis O mempunyai kebolehan yang terbaik dalam menghadamkan semua jenis protein, lemak dan kalsium. Ini kerana mereka mempunyai lebih enzim penghadaman yang membantu menyerap makanan berbanding mereka yang berdarah jenis A dan B. Walaubagaimanapun orang berdarah jenis O lebih cenderung menghidap penyakit berkaitan tiroid dan jangkitan dan masalah gastrik.

❗Jadi apakah diet yang dicadangkan untuk orang berdarah jenis O?

Orang berdarah jenis O dikatakan sebagai orang yang mudah terpengaruh dan mudah berubah fikiran. Oleh itu mereka cenderung mengalami mood swing yang tinggi. Dr. D'adamo mencadangkan supaya orang berdarah jenis O seimbang kan tindak balas kimia dalam badan dengan diet yang mengandungi protein daripada daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan mengurangkan gandum dan kekacang. Kafein dan alkohol juga perlu dijauhkan kerana ini boleh meningkatkan kadar adrenaline yang sememangnya telahpun tinggi pada orang berdarah jenis O.

4) Darah Jenis AB

Ini adalah jenis darah yang paling jarang ditemui iaitu kurang daripada 5% populasi dunia. Ratusan tahun dahulu tiada manusia pun yang mempunyai darah jenis AB. Darah jenis AB dikatakan muncul kerana pencampuran jenis darah yang tercipta yang tidak berkaitan dengan evolusi dan alam sekitar. Oleh yang demikian orang berdarah jenis AB mempunyai kedua-dua karakter orang berdarah jenis A dan orang berdarah jenis B.

Biasanya orang berdarah jenis AB mempunyai perasaan bercampur baur tentang banyak perkara, bersikap terbuka dan mudah percaya tetapi dalam masa yang sama mudah berasa terasing dan jauh daripada rakan-rakan mereka. Pada amnya orang berdarah jenis AB bersikap mengikut gerak hati, sentimental, bermotivasi dan mudah memahami perasan orang lain.

❗Jadi apakah diet yang dicadangkan untuk orang berdarah jenis AB?

Orang berdarah jenis AB mempunyai kadar asid gastrik yang rendah. Oleh yang demikian agak sukar untuk mereka menghadamkan protein maka lebih banyak tersimpan sebagai lemak. Dr. D'adamo mencadangkan supaya orang berdarah jenis AB menjauhi kafein dan alkohol. Ini kerana jika orang berdarah jenis AB sedang stress, kafein dan alkohol akan menyebabkan tahap stress semakin tinggi. Cadangan diet yang sesuai ialah sayur-sayuran hijau, tofu dan produk tenusu. Daging yang disalai atau yang ditinkan adalah sukar dihadamkan kerana kadar asid gastrik yang rendah. Sebagai tambahan orang berdarah jenis AB seharusnya membahagikan waktu makan seharian mereka kepada hidangan makanan dalam kuantiti yang kecil. Elakkan mengambil makanan berkanji dan berprotein pada masa yang sama supaya badan boleh menghadam makanan dengan lebih baik.


SUMBER Klik sini

❤ Gitulah uolls. Makan tu boleh tapi jangan berlebihan sangat sehingga membahayakan kesihatan tau. Kalau rasa terkurang nutrisi boleh juga amalkan supplemen kesihatan Shaklee. Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 untuk beli-cuba orait!

Comments

Popular Posts