Kenapa Produk Shaklee Berkesan?

Assalamualaikum semua

Hari ni Kak Laili kongsikan satu lagi keistimewaan produk Shaklee iaitu kenapa produk Shaklee berkesan?

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee


Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee adalah kajian pertama yang seumpamanya mengenai pengguna suplemen jangka masa panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen langsung.

Kajian ini [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. 


Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang Shaklee tegaskan selama ini iaitu:
  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan pilihan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan hidup yang optimum.
  • Dan Shaklee mahu memastikan bahawa gaya hidup sihat turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen dan strategi senaman semasa berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum tersebut.

Keputusan kajian tersebut amat mengagumkan!

1) Tahap nutrien darah yang lebih baik.
➡Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan pengambilan suplemen. Folat, Vitamin C, alpha & beta karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis suplemen.

2) Penanda aras utama kesihatan jantung yang lebih baik.
➡Pengguna pelbagai suplemen mempunyai bacaan kolesterol HDL (kolesterol baik) yang tinggi dan bacaan trigliserida yang rendah. Kedua-dua bacaan ini konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah.

3) Kekerapan dijangkiti penyakit lebih rendah.
➡Risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai suplemen berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan kumpulan pengguna yang tidak mengambil suplemen langsung. Kajian ini menunjukkan bahawa pengguna pelbagai suplemen berisiko rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis dan ramai yang berasa kesihatan mereka lebih baik.

4) Tahap selamat Vitamin D dan zat besi yang positif.
➡ Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis suplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemui tahap Vitamin D dan zat besi yang sihat dan selamat (nutrient safe). Ini kerana jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

Pengguna pelbagai jenis suplemen menunjukkan bahawa:

1) 39% lebih rendah risiko peningkatan tekanan darah tinggi.
2) 73% lebih rendah risiko kencing manis
3) 59% lebih rendah tahap protein C-Reaktif
4) 11% lebih rendah nisbah kolesterol dan 33% lebih rendah tahap trigliserida maka lebih rendah risiko serangan penyakit jantung.
5) 36% lebih rendah tahap homosistein maka lebih rendah penyakit berkaitan jantung dan otak.

NOTA: uolls boleh dapatkan maklumat tentang istilah perubatan daripada doktor, pegawai kesihatan dan jurnal kesihatan di internet ye 😊

Boleh juga layari 👉 
http://healthresource.shaklee.com kerana banyak info terkini kat sana tau.

Dah buat keputusan? Kalau nak dapatkan suplemen kesihatan Shaklee whatsapp Kak Laili di 010-2904863 orait ✌


Comments

Popular Posts