5 Sebab Kenapa Kita Mesti Bersenam Selain Daripada Untuk Kurus
Assalamualaikum apa khabar hari ni?
Kebiasaannya orang bersenam untuk kurus kan? Tahu tak sebenarnya ada 5 sebab utama kenapa kita mesti bersenam selain daripada untuk kurus semata-mata.
1) Bersenam menenangkan fikiran.
Bersenam membantu melegakan tekanan. Kajian telah menunujukkan bahawa apabila kita bersenam ia dapat membantu melapangkan fikiran daripada terus dibelenggu perkara-perkara negatif. Kita menjadi lebih tenang dan gembira.
Bersenam mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam badan akibat tertekan. Tidak kira apa jenis senaman yang dipilih, bersenam mengeluarkan toksin sama ada dengan melakukan senaman berimpak rendah seperti yoga atau senaman yang lebih agresif seperti berjalan atau berbasikal.
2) Lebih banyak bergerak, lebih rasa gembira.
Pernah tak terfikir kenapa orang yang selalu bersenam mood dia baik? Ini kerana bersenam menjadikan dia lebih gembira. Bersenam adalah cara yang mudah untuk meningkatkan tenaga dan membuatkan kita tersenyum kembali.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita bersenam, badan akan menggalakkan penghasilan hormon gembira. Ia juga digunakan untuk membantu merawat kemurungan.
3) Bersenam membantu mengekalkan otak sentiasa muda.
Semakin kita berusia, otak melalui banyak perubahan. Ada yang mudah lupa dan tindak balas pula menjadi lebih perlahan. Kajian membuktikan bahawa salah satu cara untuk mencegah otak menjadi cepat tua ialah dengan bersenam. Jika kita banyak duduk dan kurang bergerak lebih tinggi risiko untuk otak menjadi tua selaras dengan usia yang makin meningkat.
4) Bersenam mengurangkan kesakitan.
Salah satu sebab utama orang memberi alasan untuk tidak bersenam ialah mereka sedang dalam kesakitan. Tetapi tahukah uolls sakit, kebas dan kejang yang menjadi alasan untuk tidak bersenam mungkin sebenarnya berkurangan dan hilang dengan pergerakan yang lebih banyak.
Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kerap bersenam akan lebih mampu melawan, menangkis dan menguruskan kesakitan mereka.
5) Bersenam membuat kita sihat dan hidup sejahtera secara keseluruhan.
Di samping membantu menurunkan berat badan, senaman boleh membantu kita hidup lebih sihat lebih lama. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita bersenam, ia membantu mengurangkan risiko terhadap pelbagai penyakit serius termasuklah kanser, penyakit jantung dan kencing manis.
Apabila keadaan fizikal kita lebih baik kita akan mampu melawan penyakit dan kecederaan pada masa akan datang. Kebiasaan nya orang yang bersenam dapat bangkit semula dengan lebih cepat setelah menjalani pembedahan dan menghidap penyakit.
Kita tidak perlu menjadi obses dengan senaman untuk mendapatkan manfaat daripada bersenam. Tetapkan sendiri matlamat sebagai contoh 2.5 jam senaman seminggu, dibahagikan kepada minimum 3 hari seminggu.
SUMBER
Boleh baca lagi kat SINI dan SINI JUGA
APA SARANAN SHAKLEE ?
1) Makan secara sihat.
Pelan pemakanan sihat termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan diet yang seimbang.
2) Bersenam dan capai berat yang ideal.
Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan tubuh badan. Bersenam menggalakkan kehidupan yang sihat dan sejahtera secara menyeluruh dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik.
3) Pengambilan suplemen secara bijaksana.

- Suplemen multivitamin/multimineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan Vitamin D adalah memadai dan munasabah.
- Pastikan mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
- Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
- Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan jadi mempertimbangkan suplemen anti oksidan seperti Vitamin C dan E serta beta karotena.
- Pastikan pengambilan Vitamin B kritikal termasuk asid folik, Vitamin B6 dan B12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
- Akhir sekali dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman dan fungsi imun yang sihat.
Comments
Post a Comment