5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Kolagen
Assalamualaikum uolls
2) Kolagen menyokong kesihatan sendi.
3) Kolagen untuk kesihatan rambut dan kuku.
4) Penghasilan kolagen oleh tubuh berkurangan tahun demi tahun.
5) Kerosakan kolagen oleh alam sekitar.
Bersempena dengan promosi bulan Februari 2018 Shaklee iaitu beli kombinasi 4 kotak Collagen Powder DAN 1 botol Sustained Release Vita C Plus boleh dapat diskaun 10%, jom kita tengok 5 sebab kenapa kita perlu ambil kolagen.
1) Kolagen adalah bahan utama untuk kulit yang anjal dan gebu.
- 30% protein di dalam badan kita ialah kolagen. Kolagen bertindak seperti gam dan mengikat sel kulit bersama-sama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan bahawa ikatan bahagian luaran dan bahagian dalaman kulit kekal utuh.
- Peningkatan usia menjadi salah satu faktor penyebab kulit hilang keanjalan secara beransur-ansur.
- Pengambilan suplemen kolagen sebagai makanan tambahan dapat membantu mengelakkan kulit menjadi kendur dan berkedut.
2) Kolagen menyokong kesihatan sendi.
- Kolagen memainkan peranan penting sebagai blok binaan asas sendi. Oleh sebab itu kolagen menyokong kekuatan sendi, fleksibiliti dan pergerakan sendi.
- Kolagen yang kaya dengan asid amino memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk gaya hidup yang aktif.
Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi |
3) Kolagen untuk kesihatan rambut dan kuku.
- Rambut dan kuku memerlukan kolagen untuk menjadi sihat dan kuat. Sifat anti oksidan kolagen membantu menangkis radikal bebas yang menyebabkan rambut menipis dan beruban dan kuku menjadi rapuh.
- Kolagen yang optimum menggalakkan penyebaran nutrien dalam kulit kepala dan membina struktur kuku, menjadikan rambut dan kuku tumbuh dengan sihat.
- Kolagen membantu rambut menjadi lebat dan kuku menjadi kuat.
4) Penghasilan kolagen oleh tubuh berkurangan tahun demi tahun.
- Mengikut kajian pembantu professor dermatologi University Pittsburg dan pengarah Cosmetic Surgery and Skin Health Center, tubuh menghasilan 1% kurang kolagen daripada tahun sebelumnya selepas umur menjangkau 20 tahun.
- Pengurangan kolagen ini menyebabkan timbulnya garis-garis halus, kedutan, kusam dan kekeringan pada kulit.
- Pengambilan suplemen kolagen sebagai makanan tambahan sangat digalakkan untuk kulit kelihatan lebih muda.
5) Kerosakan kolagen oleh alam sekitar.
- Pencemaran alam sekitar, penggunaan bahan kimia terlarang dan sinaran UV yang berbahaya pencetus radikal bebas yang merosakkan kolagen.
- Pendedahan kepada radikal bebas dalam jangka masa panjang menurunkan tahap kolagen penyebab penuaan pramatang.
- Walaupun sukar untuk mengelakkan diri daripada pencemaran alam sekitar, pengambilan suplemen kolagen sebagai makanan tambahan setiap hari membantu mengekalkan kolagen pada tahap optimum.
Berminat nak dapatkan Collagen Powder Shaklee ni? WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.
maka kena amalkan =)
ReplyDeletehehehe...betul yui :)
Delete