Vivix Kaya Dengan Resveratrol dan Polifenol

Assalamualaikum selamat hari Isnin 😁

Produk Shaklee yang berjaya menduduki tangga teratas ialah Vivix. Boleh rujuk SINI

Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol. Resveratrol ialah sejenis kompaun polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang kuat. Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun dan buah-buahan. Polifenol didapati di kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, minyak zaitun, dark chocolate dan buah delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi ditemui pada kulit buah seperti pada anggur, epal dan limau. Boleh rujuk 👉 SINI 

Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, melindungi sel-sel dalam tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas termasuk mengekalkan tahap glukosa  darah yang sihat, meningkatkan kesihatan dan seri kulit dan menggalakkan fungsi jantung yang sihat.


Kekalkan Tahap Glukosa Darah Yang Sihat.

Tahap glukosa darah bergantung kepada jenis dan jumlah makanan yang kita makan serta berapa efektif badan kita menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel dalam tubuh. Semakin sihat tahap glukosa, semakin rendah risiko untuk menghidapi penyakit metabolik seperti kencing manis.

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:

❤Mengawalatur penyerapan glukosa.
❤Meningkatkan kepekaan insulin.
❤Merangsang rembesan insulin.
❤Meningkatkan proses penguraian glukosa


Miliki Kulit Lembut, Anjal dan Berseri.

Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Polifenol adalah salah satu nutrien penting bagi kulit bagi menyokong pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan, kendur dan menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya kita dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:

❤Melindungi kulit dari kerosakan UV.
❤Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut.
❤Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.
❤Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.


Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat.

Jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja di dalam badan kita oleh itu jantung layak mendapat yang terbaik. Polifenol bertindak sebagai antioksidan yang sangat bagus dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, menggalakkan pengecutan dan pengembangan salur darah yang sihat dan normal untuk mengekalkan fungsi salur darah yang optimum.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan:

❤Mengurangkan keradangan dalam salur darah.
❤Menggalakkan dinding salur darah yang sihat.
❤Menggalakkan tekanan darah yang sihat.
❤Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat.



Boleh baca lagi tentang Vivix kat SINI dan juga SINI

Vivix Kaya Dengan Polifenol


Ramuan Vivix




Berminat nak dapatkan Vivix? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.



Comments

Popular Posts