Resepi Berbuka Puasa - Bubur Sum Sum Pandan
Assalamualaikum
Teringin nak makan yang manis-manis semasa berbuka puasa? Mari kita tengok resepi bubur sum sum pandan yang sedap dan manis ni hehehe.
Teringin nak makan yang manis-manis semasa berbuka puasa? Mari kita tengok resepi bubur sum sum pandan yang sedap dan manis ni hehehe.
BUBUR SUM SUM PANDAN
Sumber : Rohaisha Blogspot
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau, optional
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau, optional
Cara membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan dalam bekas. Kacau sebati.
2. Masak dalam periuk/kuali atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3. Matikan api. Sudukan bubur sum sum pandan ke dalam bekas yang sesuai.
4. Hidangkan bersama air gula merah*. Sedap dimakan ketika sejuk.
*Bahan-bahan untuk air gula merah/sirap:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula biasa
800 ml air
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Tapiskan.
gambar ihsan Google. Bubur Sum Sum original tanpa pandan |
Comments
Post a Comment