5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Kolagen Hari Ini

Assalamualaikum uolls 👋

Kolagen terkenal dengan manfaat positif terhadap kesihatan terutamanya kulit. Jom tengok mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu mulakan hari ini.

1) Kolagen Adalah Bahan Utama Untuk Kulit Yang Lebih Anjal

30% protein dalam badan adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kukuh. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuklah umur yang semakin meningkat boleh menyebabkan kulit secara beransur-ansur hilang keanjalan dan kekukuhan. Sertakan sekali suplemen kolagen dalam rejim suplemen harian supaya kulit tidak melendut dan berkedut.

2) Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

Disebabkan kolagen membentuk binaan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong sendi yang kuat, fleksibel dan lancar bergerak. Kolagen kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup yang aktif.

3) Rambut Dan Kuku Lebih Kuat dan Sihat

Rambut dan kuku memerlukan kolagen untuk menjadi lebih kuat dan sihat. Kolagen membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan rambut beruban dan menipis serta kuku menjadi rapuh. Kolagen yang mencukupi membantu penyebaran nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku supaya tumbuh sihat dan kuat dan rambut menjadi lebih kuat dan bersinar.

4) Penghasilan Kolagen Berkurangan Setiap Tahun

Menurut kajian seorang assistant professor dermatology at the University of Pittsburgh and director of the Cosmetic Surgery and Skin Health Center, badan kita menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya selepas umur mencecah 20 tahun. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, kulit kering dan kusam. Oleh sebab itu ambillah suplemen kolagen sekarang untuk kelihatan lebih muda lebih lama.

5) Kolagen Akan Rosak Setiap Hari

Pencemaran alam sekitar, pendedahan kepada bahan kimia berbahaya dan sinar UV punca terjadinya radikal bebas yang menyebabkan kerosakan termasuklah kolagen. Pendedahan berterusan dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah sekaligus menghasilkan penuaan pramatang. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan diri daripada pencemaran alam sekitar dan sinar UV, kita boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk mendapatkan kulit yang sihat, lebih muda lebih lama dengan pengambilan suplemen kolagen setiap hari.

Kolagen Marin Adalah Pilihan Yang Lebih Baik kerana:

1. Mengandungi Kolagen Jenis 1
• Kolagen jenis 1 adalah komponen utama kepada 90% kolagen dalam tubuh yang membentuk kulit, tendon, ligamen, organ dan tulang.
• Meningkatkan keanjalan kulit supaya lebih kuat dan sihat.
• Memainkan peranan utama dalam penyembuhan luka.

2. Lebih Baik Dari Segi Biologi
• Mempunyai penyerapan yang sangat baik kerana ia mempunyai zarah yang lebih kecil.
• Meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan cekap, yang membantu menggalakkan kesihatan kulit, tulang dan sendi.

Pilih Kolagen Marin yang:

• Diekstrak daripada sisik ikan air laut dalam seperti ikan merah kerana keupayaannya untuk menahan tekanan air laut dalam yang melampau, menjadikannya sumber kolagen yang tahan lama dan berkualiti tinggi.
• Diperkaya dengan vitamin C dan vitamin B untuk menggalakkan lagi penghasilan kolagen.

Baca lagi kat SINI



Berminat nak dapatkan Collagen PLUS Powder Shaklee? 
WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.

Comments

  1. Info yg bagus.. kolagen penting utk Kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah mamapp. Semakin umur meningkat semakin kurang penghasilan kolagen di badan 😁

      Delete
  2. good sharing. Dah meningkat usia ni...kenalah cari bahan bantu macam ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts