Tingkatkan Imuniti Untuk Tubuh Badan Yang Sihat

Assalamualaikum uolls 👋

Ada 2 sebab utama kenapa kita senang jatuh sakit:
1) Gaya hidup yang tidak sihat melemahkan sistem imun
2) Persekitaran yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan imun

Tahu tak apa tabiat harian yang boleh memudaratkan sistem imun?
1) Makanan manis dan berlemak yang berlebihan
2) Tidak aktif secara fizikal
3) Merokok & terdedah kepada asap rokok
4) Kurang tidur
5) Tekanan berpanjangan
6) Penyalahgunaan antibiotik



Tanda-tanda pertahanan tubuh badan lemah:
1) Selalu berasa letih, lemah dan lesu
2) Kerap jatuh sakit seperti selesema, demam dan batuk
3) Penyembuhan luka yang sangat lambat
4) Alahan kepada makanan
5) Alahan kulit dan terkena ruam
6) Masalah tidur
7) Masalah pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit

Bagaimana cara kuman tersebar dengan mudah?
1) Pertukaran duit syiling dan duit kertas
2) Telefon bimbit adalah pembawa kepada beribu-ribu kuman. Kotoran dan bakteria dipindahkan dari tangan ke skrin dan sebaliknya dengan mudah
3) Mesin ATM digunakan oleh orang ramai dan ini mendedahkan kita kepada pelbagai kuman dan bakteria
4) Tombol pintu adalah sasaran mudah untuk kuman merebak kerana ramai orang memegang dan menggunakan tombol pintu


Apa itu Sistem Imun?

Sistem imun membantu melindungi diri kita daripada penyakit yang disebabkan oleh “penyerang” (dikenali sebagi patogen) seperti virus, bakteria dan parasit. Sistem imun terdiri daripada organ, sel dan tisu khas yang berkerjasama untuk membinasakan “penyerang-penyerang” ini.

Dengan tabiat harian yang tidak sihat dan pendedahan kepada bakteria dan virus yang boleh memudaratkan sistem imun kita, cara yang terbaik adalah untuk memastikan tubuh badan memiliki sistem pertahanan yang kuat dan sentiasa berjaga (alert)




Apakah nutrien penting untuk perlindungan imun yang memberi kekuatan dari dalam?

1) Vitamin C
Menyokong pengeluaran macrophage iaitu sejenis sel darah putih dan seterusnya meningkatkan aktiviti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing dalam badan.

Sel-sel darah putih mengandungi 50 kali lebih banyak Vitamin C berbanding dalam plasma darah untuk menangani tekanan oksidatif semasa aktiviti phagocytic iaitu memusnahkan/menelan patogen.

2) Bawang putih
Bawang putih kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Zat Besi, Fosforus dan Alisin.

Alisin ialah sejenis antibiotik semulajadi di dalam bawang putih yang membantu merangsang sistem imun tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel darah putih.

3) Vitamin A
Karotenoid mempunyai manfaat antioksida yang kuat. Ia meningkatkan sistem imun dalam beberapa cara:
➤ melindungi sel-sel darah putih daripada tekanan oksidatif dan keradangan
➤ meningkatkan aktiviti sel pemusnah semulajadi dengan meningkatkan keupayaan untuk mengesan dan memusnahkan sel-sel kanser

4) Interferon
Pernah dengar tentang interferon tak?

Interferon ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan secara semulajadi sebagai tindak balas kepada jangkitan virus, bakteria, parasit dan sel-sel tumor.

Interferon tidak memusnahkan sel-sel virus atau kanser secara langsung tetapi ia menguatkan tindak balas sistem imun.



Hampir setiap sel dalam badan kita membina interferon. Terdapat tiga jenis yang utama iaitu:
1) Interferon-alfa
2) Interferon-beta
3) Interferon-gamma

Sel-sel dalam tubuh badan yang telah diserang virus atau kuman lain mengeluarkan interferon-alfa dan interferon-beta sebagai isyarat amaran (penggera) kepada sistem imun kita. Ini mencetuskan sel-sel imun yang dipanggil sel-sel darah putih untuk melepaskan interferon-gamma untuk melawan dan memusnahkan kuman tersebut.




Dr. Yasuhiko Kojima, pakar imunologi terkemuka di dunia menemui interferon pada tahun 1954. Beliau kemudian menghabiskan lebih daripada 40 tahun mencipta gabungan 4 jenis ekstrak daripada tumbuhan untuk merangsang interferon yang telah dipatenkan dan terbukti secara klinikal.

Ekstrak tumbuhan perangsang interferon ini membantu:
1) meningkatkan penghasilan interferon semulajadi tubuh badan
2) mengaktifkan pertahanan sistem imun dengan pantas
3) menggerakkan pasukan "kesan dan musnah" sistem imun

Ekstrak tumbuhan perangsang interferon yang tersebut ialah:
1) biji labu
2) bunga honeysuckle Jepun
3) bunga safflower
4) biji plantago

Maka terhasillah Nutriferon® Granules!





Nutriferon® Granules adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa beberapa dekad. Pada tahun 1970, Dr. Yasuhiko Kojima dan rakan-rakan penyelidiknya menyaring, menguji dan menilai lebih daripada 200 jenis ramuan berbeza. Akhirnya, gabungan 4 ekstrak tumbuhan yang berasal dari benih labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga honeysuckle Jepun telah dipilih sebagai campuran Nutriferon® Granules kerana keberkesanan dalam mengekalkan kesihatan yang baik.








Oleh yang demikian, apakah suplemen Shaklee yang membantu meningkatkan imuniti untuk tubuh badan yang sihat?

1) Sustained Release Vita-C Plus - pembekal Vitamin C
2) Garlic Complex - dengan khasiat bawang putih
3) Carotomax - pembekal Vitamin A
4) Nutriferon® Granules - perangsang interferon


Nak dapatkan Set Perlindungan Imun di atas? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.


Comments

Popular Posts