Dapat Lesen Memandu P
Assalamualaikum semua 👋
Alhamdulillah akhirnya Kak Laili berjaya dapatkan lesen memandu P di kala usia mencecah 43 tahun 😆
Berjaya melalui ceramah selama 5 jam, ujian teori undang-undang jalanraya berkomputer, latihan praktikal 14 jam dalam bulan Ramadhan dan 2 kali ulangan ujian JPJ. Fuhhhh.......
Ujian JPJ pertama kali pada 3/7/2019 Kak Laili gagal di ujian mendaki bukit. Dah cantik dah tayar hadapan masuk petak kuning tapi bila nak gerak ke depan kereta mengundur pula. Memang gagal lah 😂
Lepas tu terus ke ujian bahagian jalan raya. Alhamdulillah lulus bahagian ni. Pegawai JPJ pun baik orangnya.
Bila ujian ulangan pada 24/7/2019 gagal di ujian selekoh pula. Tayar belakang langgar benteng 😅 Terpaksalah daftar untuk ulang lagi sekali. Penat dah ni hahaha.
Jadi ujian JPJ pada hari Rabu 21/8/2019 baru berjaya buat semua: mendaki bukit, ujian selekoh, parkir sisi, ujian tiga penjuru (3 point turn).
Akhirnya dapatlah lesen memandu P hari ni 22/8/2019 😁
Lama kan proses Kak Laili nak dapatkan lesen P ni. Ceramah wajib tentang keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah tu bulan Januari. Pelajar terlalu ramai sebab masa ni ramai tunggu keputusan SPM kan. Maka kelas praktikal pertama Kak Laili jatuh pada hujung April.
Leganya hanya Allah yang tahu. Selagi tak lulus selagi tu lah rasa terbeban 🥴
Kos yang terlibat dalam proses Kak Laili nak dapatkan lesen memandu P ialah seperti berikut:
1) daftar dengan sekolah memandu: RM1,150
2) ambil ujian teori berkomputer: RM10
3) kelas tambahan 2 jam sebelum ujian JPJ: RM35 sejam x 2 jam= RM70 (sebab Kak Laili tak mahir lagi walaupun dah belajar 14 jam hahaha)
4) pembaharuan lesen belajar L: RM32 x 2 kali renew = RM64
5) bayaran untuk 2 kali mengulang ujian JPJ: RM85 sekali ulang x 2 kali ulang = RM170
6) bayaran untuk 2 kali praktis sebelum mengulang ujian JPJ: RM35 sejam x 2 tarikh berlainan = RM70
7) bayaran untuk lesen memandu P: RM60 untuk 2 tahun.
Kos yang banyak belum termasuk letih mental dan fizikal lagi kannn 😅
Uols mesti sekali ujian JPJ terus lulus kan. Orang muda koordinasi tangan dan kaki memang hebat lah 👏👏👏. Itulah sebabnya Kak Laili ambil suplemen Shaklee hehehe

Buku sebesar buku teks sekolah! |
Buku panduan semasa mendaftar di sekolah memandu |

Alhamdulillah. Tahniah kak laili. Mahal dah harga amik lesen skrg ni. Ana selamat dah amik belas tahun lepas.
ReplyDeleteTerima kasih. Wahhhh lama dah Ana memandu 👍👍👍
DeleteAlhamdulillah..tahniah kak.nevertoo llate for everything kka
ReplyDeleteThank you Mama.
DeleteKannn.....boleh la memandu kalau terdesak tu 😆
Tahniah Dah Lulus P. Anak saya baru ja lulis lesen P Motor. Apa dia perlu bawa ke JPJ utk buat lesen P di JPJ? Anggaran Berapa Bayarannya?
ReplyDeleteTerima kasih 😁
DeleteKad pengenalan & salinan kad pengenalan, keputusan JPJ, gambar saiz pasport background putih (25mm x 32mm), bayaran dalam anggaran RM40.00 untuk tempoh 2 tahun.
ayah saya cakap kalau nak buat lesen p tu kena bawak keputusan jpj yang ada tulis lulus untuk kedua dua bahagian. betul ke?
ReplyDeleteBetul. Kak Laili bawak slip keputusan yang ada tulis lulus tu.
Deletemaksud saya, kalau kat kertas ada satu je yang tulis lulus walaupun dah lulus dua dua pada masa yang lain takpe ke? macam dalam gambar kertas akak tunjuk kat atas tu
DeleteTakpe sebab JPJ ada rekod kita
Deleteboleh ke kalau wakil daripada adik bradik yg ke jpj utk memohon lesen P?
ReplyDeleteKak laili tak pasti pulak. Mungkin boleh cuba telefon JPJ ye.
DeleteKena tunggu 3 hari ke baru boleh buat lesen P atau boleh terus pergi ?
ReplyDeleteKak laili ujian JPJ 21/8 pastu esoknya 22/8 terus pegi branch JPJ buat lesen P terus dapat 😁
Deletekalau gagal litar, dan lulus jalan raya, kita kena ulang litar sahaja kan?
ReplyDeleteYe betul 👍
Delete