Resepi Stir Fry Beef Ginger with Spring Onion oleh Yatie Kitchen

Assalamualaikum semua 👋

Memandangkan ada lagi stok daging korban dalam peti sejuk tu jom lah kita cuba resepi oleh Yatie Kitchen ni 😉


Mula-mula kita perap dulu 500 gram beef (bahagian lembut seperti batang pinang atau Australian beef) dengan bahan-bahan seperti berikut:

1 teaspoon soda bicarbonate
2 teaspoon sugar
1 teaspoon salt
1/2 teaspoon white pepper
2 tablespoon sesame oil
10 ml water
2 teaspoon light soy sauce

Masukkan daging yang diperap dengan bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk selama 24 jam. Bukan dibekukan ye! Selepas diperap selama 24 jam barulah kita boleh masak.

Cara-caranya:

Tumis halia dengan sunflower oil
Masukkan daging tersebut (jika diperap dengan cara yang betul selama 24 jam daging tersebut tak mengeluarkan air apabila digoreng!)
Masukkan bawang Holland, bawang putih, lada benggala hijau.
Setelah garing masukkan white pepper, coarse black pepper dan 1 sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan air.
Kacau dengan api yang besar.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan spring onion.

SUMBER

Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts