Petua Meremajakan Tangan
Assalamualaikum semua 👋
Orang perempuan selalunya cenderung risau apabila garisan halus dan kedutan mula muncul pada wajah mereka. Tetapi tahukah uolls tangan juga adalah bahagian anggota badan yang sering kita terlepas pandang? Ada orang rajin mendapatkan rawatan kuku dan rajin menyapu krim atau losyen pada tangan tetapi sebahagian besar daripada kita hampir terlupa tentang tangan ni. Walaupun wajah adakalanya awet muda dan kelihatan remaja tangan pula sebaliknya. Tangan jelas menunjukkan umur kita.
Kenapa tangan boleh menunjukkan umur kita dengan jelas?
Cahaya matahari adalah salah satu daripada sebab tangan jelas kelihatan tua. Sinaran UV yang berbahaya seringkali dikaitkan dengan kerosakan kulit bukan hanya pada muka malah pada tangan juga. Amalan yang biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah berlindung di dalam bangunan atau berada di tempat-tempat redup. Kita lebih suka berada dalam bangunan berhawa dingin tetapi terlupa penghawa dingin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut! Oleh sebab itulah kita mesti melakukan perkara yang sama kepada muka dan tangan iaitu melembap dengan kerap menggunakan sunscreen dan mengurangkan pendedahan kepada unsur-unsur yang boleh merosakkan kulit. Semestinya ini dapat membantu mengekalkan tangan kelihatan muda remaja.
1) Urutan tangan
Urutan tangan tidak hanya melegakan tetapi ia juga membantu meningkatkan aliran darah dan mengetatkan kulit yang semakin kendur. Sekali seminggu goncang tangan dalam tempoh satu minit untuk melonggarkan otot-otot tangan dan jari kemudian tambah tiga ke empat titik minyak zaitun pada tapak tangan kiri. Dalam pergerakan bulatan dengan tekanan yang sederhana gunakan ibu jari kanan dan urut atas dan bawah setiap jari. Ulangi proses yang sama untuk tangan kanan pula. Minyak zaitun membantu mengekalkan kulit agar sentiasa terhidrat, licin dan lembut.
2) Gunakan pelembap setiap hari
Untuk hasil yang terbaik, pilih krim atau losyen tangan anti-penuaan dengan bahan-bahan pencerah. Bahan-bahan seperti asid kojic (berasal daripada kulat/cendawan dan juga produk sampingan yang terhasil daripada penapaian beras), ekstrak cendawan, vitamin C dan likuoris membantu memcerahkan tompok-tompok hitam pada tangan. Pelembap hendaklah digunakan dua kali sehari. Perbezaan pada tangan boeh kelihatan selepas dua hingga tiga bulan mengamalkannya.
3) Exfoliate
Sekali seminggu, exfoliate (proses membuang sel kulit mati) tangan dengan skrub buatan sendiri di rumah. Caranya ialah dengan mencampurkan gula dengan minyak zaitun dalam nisbah yang sama dan urut tangan kita. Apabila selesai basuh dan lap dengan kering.
4) Lindungi tangan
Pastikan tangan terlindung daripada matahari dengan menggunakan sunscreen (pelindung matahari) setiap hari. Sinar UV menyebabkan protein yang penting untuk kulit seperti kolagen dan elastin rosak dengan cepat. Seboleh mungkin memakai sarung tangan untuk melindungi tangan bukan sahaja daripada matahari tetapi unsur-unsur cuaca yang lain dan bahan-bahan pembersih seperti pencuci lantai dan sabun.
5) Penggunaan mekap
Cara pantas untuk menutup garis-garis halus dan bintik-bintik hitam pada tangan ialah dengan menggunakan mekap. Tambah setitik cecair foundation ke dalam krim/losyen tangan dan gosok seluruh bahagian atas tangan. Cara ini membantu tona kulit kelihatan sekata dan licin daripada kedutan.
6) Penjagaan kuku
Jangan abaikan kuku kita! Bermula dengan menggunakan minyak kutikel setiap hari (walaupun setelah melakukan rawatan kuku) untuk membantu mengekalkan kuku yang kuat. Dari semasa ke semasa, elakkan terlalu lama menggunakan pewarna kuku. Beri masa kuku berehat beberapa hari untuk pulih. Untuk lebih melindungi kuku, pakai sarung tangan ketika melakukan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk kerana sesetengah sabun pencuci bersifat "keras'' dan air panas juga boleh menjadikan kuku lemah.
SUMBER
Shaklee juga ada produk pembersih yang selamat dan organik tau.
Klik 👇
Basic H2
Hand Dish Wash
Soft Fabric
Fresh Laundry

Comments
Post a Comment