Cara Semulajadi Untuk Jadikan Bibir Pink
Assalamualaikum
Hari ni Kak Laili nak kongsikan cara semulajadi untuk jadikan bibir pink 💋
Sebelum tu meh tengok kenapa bibir yang pada mulanya berwarna pink bertukar jadi gelap.
1) Penuaan
👉Bertambahnya usia adalah salah satu sebab utama bibir nampak lebih gelap.
Penghasilan berbagai enzim dan hormon penting untuk mempertahankan penampilan fizikal kita secara keseluruhannya akan semakin berkurang seiring dengan usia yang bertambah.
2) Banyak terdedah kepada cahaya matahari
👉Terdedah kepada cahaya matahari berlebih-lebihan menyebabkan bibir berwarna gelap kerana sinar UV yang berbahaya.
3) Merokok
👉Salah satu tabiat buruk penyebab bibir menjadi gelap ialah merokok.
4) Kafein
👉Makanan dan minuman berkafein juga adalah penyebab bibir menjadi gelap.
Apakah Cara Semulajadi Untuk Jadikan Bibir Pink?
1) Lemon dan limau nipis
Jus lemon dan limau nipis merupakan agen pemutih semulajadi sekaligus membantu mengeluarkan sel-sel mati daripada tubuh badan.
Sapukan sepotong lemon atau limau nipis pada bibir dengan lembut selama dua minit dan kemudian biarkan selama 10 minit.
Kemudian bersihkan dengan air suam. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan bibir pink secara semulajadi.
2. Madu
Madu juga bermanfaat membuat bibir nampak merah menawan.
Ambil dua sudu teh madu dan satu sudu teh jus limau nipis.
Gaul sebati dan oleskan pada bibir. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Amalkan selama lebih kurang sebulan untuk mendapatkan hasil yang optimum.
3. Susu
Campuran susu dengan beberapa titis gliserin yang dioleskan pada bibir sebelum tidur dapat membuatkan bibir berwarna pink dan melembutkannya.
Ambil susu segar secukupnya dan tambahkan beberapa titis gliserin.
Oleskan pada bibir dan biarkan semalaman dan kemudian cuci dengan air biasa setelah bangun pagi.
Sebatian ini juga boleh disapukan pada wajah untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.
4. Lemon dan gula
Ambil sepotong lemon dan taburkan sedikit gula di atasnya kemudian gosokkan pada bibir selama dua minit dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air suam.
Gula merupakan salah satu agen pengelupasan kulit semulajadi dan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati.
5. Kelopak mawar
Kelopak mawar dapat membuat bibir gelap menjadi lebih cerah.
Ambil beberapa kelopak mawar dan rendam dalam susu selama setengah jam.
Kemudian tambahkan beberapa titis gliserin. Jadikan seperti pes dengan menambahkan sedikit madu.
Sapu dan gosokkan pada bibir selama 5 minit dan kemudian biarkan selama 20 minit.
Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan bibir pink.
6. Serbuk kunyit
Campurkan sejemput serbuk kunyit dengan satu sudu teh susu. Oleskan pada bibir untuk mendapatkan bibir pink.
Amalkan setiap hari sebelum tidur untuk memperolehi hasil yang terbaik.
Terdapat beberapa saranan untuk menjaga bibir supaya sentiasa pink dan memiliki warna semulajadi:

- Jangan tidur sebelum membersihkan lipstik. Bersihkan lipstik dengan menggosok bibir secara lembut menggunakan ketulan ais.
- Mengurangkan minuman berkafein. Ini adalah salah satu penyebab bibir berwarna gelap.
- Minum air secukupnya untuk menjaga tubuh dan bibir supaya kekal hidrat.
- Jangan gunakan lipstik terlalu kerap. Bersederhana adalah jawapan nya 😉
Bolehlah uolls cuba cara semulajadi ni untuk jadikan bibir sentiasa pink 😘
Comments
Post a Comment