Kekal Bertenaga Dengan Coenzyme Q10 (CoQ10) : CoQ-Trol Plus Shaklee!

Assalamualaikum

CoQ10 ialah nutrien penting dalam penghasilan tenaga. Ia bertindak seakan-akan 'spark plug' - palam pencucuh yang menghidupkan enjin tubuh badan dengan cara 'jump-start' - serta-merta memulakan kerja penghasilan tenaga di dalam setiap sel. Apabila sel menghasilkan banyak tenaga, tubuh badan akan berfungsi pada tahap optimum dan kita berasa lebih sihat.

Meningkatkan Kekuatan Otot.

Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot dengan cara menambah bilangan otot yang bertanggungjawab menjana daya dan kekuatan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan kerosakan pada sel-sel otot akibat radikal bebas.

Mempercepatkan Proses Pemulihan Luka.

CoQ10 memberikan kesan penghasilan semula tisu-tisu yang rosak dengan cara meningkatkan pertumbuhan sel, memperbaiki tisu dan memperkayakan tisu dengan oksigen seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan luka. Kajian juga menunjukkan bahawa CoQ10 berperanan sebagai anti-radang untuk memulih luka.

Menyokong Gaya Hidup Aktif.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk meninjau manfaat CoQ10 kepada golongan dewasa termasuklah para atlet yang menjalani latihan yang ketat dan mereka yang mahu mengekalkan jantung sihat dan kekal cergas. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mereka kekal aktif secara fizikal dan berada pada tahap terbaik dengan cara menggalakkan pengeluaran tenaga sel. Oleh itu, jantung berupaya mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih cekap, kita boleh berjalan dengan pantas dan berlari jauh lagi, kita menjadi lebih peka dan mampu memberi lebih tumpuan.

Memastikan Kita Bertenaga Sepanjang Hari.

CoQ10 adalah asas dalam menjana pengeluaran tenaga untuk tubuh badan. Ia bekerja sepanjang masa untuk menghidupkan, serta-merta memulakan dan mengekalkan pengeluaran tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, tubuh badan bergerak seolah-olah dibekalkan dengan kuasa bateri yang tinggi. CoQ10 membantu meningkatkan stamina, memperbaiki kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan, membuatkan kita berasa lebih bertenaga dan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

SUMBER



Kekal Bertenaga Dengan Coenzyme Q10 (CoQ10) : CoQ-Trol Plus Shaklee


Boleh baca tentang CoQ-Trol Plus kat 👉 SINI


Macam mana? Dah buat keputusan? Dapatkan stok CoQ-Trol Plus Shaklee dengan me-whatsapp Kak Laili di 010-2904863 cepat!



Comments

Post a Comment

Popular Posts