Nak Bercuti ke London?

Assalamualaikum uolls

Hujung tahun hari tu Kak Laili tengok di Instagram ramai yang bercuti ke London. Seronok nya lahaiii.... Pastu Kak Laili terbaca pulak artikel di NST. Perasaan terus bertukar seriau πŸ˜“. Meh Kak Laili kongsikan artikel tu kat πŸ‘‰ SINI

Dah baca? Jadi berhati-hatilah uolls jika bercuti ke London. Memang negaranya maju dan agak selamat tapi seperti biasa ada je orang nak ambil kesempatan.

Masa Kak Laili di sana alhamdulillah tak pernah terkena benda-benda cenggini. Kemungkinan besar sebab Kak Laili tak hidup mewah di sana. Lagipun pergi balik kerja je, turun naik kereta api bawah tanah, bas pastu terus masuk pejabat. Bak kata orang blend in with the locals gituuu....

Paling penting bila bercuti ke negara orang jangan mudah percaya dengan sesiapa yang tegur-menegur tu. Mungkin ada udang di sebalik batu. Satu lagi takyah tayang beg mahal-mahal, kasut dan pakaian mahal-mahal. Simpan je kat Malaysia 😁 Tapi lain lah kalau uolls memang jutawan, hartawan, dermawan πŸ˜‰

Dah habis. Tu je nak cerita kihkihkih


Comments

Popular Posts