Kulit Wajah Kelihatan Muda Berseri dan Lembut Dengan Coenzyme Q10

Assalamualaikum semua

Siapa yang tak nak kulit wajah nampak berseri dan lembut kan? Terutama sekali kaum hawa 😁. Tapi kan zaman sekarang kaum adam pun sama juga sangat mementingkan kesihatan kulit wajah 😉.

Sebenarnya agak sukar untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit. Kerana itulah kita selalu sapu krim, losyen dan produk penjagaan wajah siang dan malam sambil berharap dapat memadamkan tanda-tanda penuaan. Kulit yang berseri, lembut dan kelihatan muda boleh diperolehi apabila kita mendapat nutrien yang betul seperti Coenzyme Q10 (CoQ10). CoQ10 ialah antioksidan yang boleh ditemui dengan banyaknya di epidermis untuk melindungi kulit daripada alam sekitar yang tidak sihat seperti sinar UV, pencemaran habuk dan debu, toksin dan sebagainya. Walaupun badan kita secara semulajadi menghasilkan CoQ10, pengeluarannya semakin menurun sekitar umur 20 tahun dan selanjutnya. Justeru itu tambahan nutrien CoQ10 melalui supplemen kesihatan adalah amat digalakkan.

Manfaat untuk kulit sangat menakjubkan daripada CoQ10 ni. Biarlah CoQ10 menjadi rahsia kecantikan anda supaya anda kelihatan muda berseri, jelita dan bercahaya!

Perlindungan optimum CoQ10 untuk kulit berseri.

CoQ10 ialah antioksidan yang kuat, bertindak sebagai perisai melindungi kulit daripada penuaan pramatang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan. Ia juga meningkatkan tahap perlindungan antioksida kulit dengan cara meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh radiasi UV dan pencemaran yang boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit. Ini lah yang mengakibatkan penuaan pramatang.

Kulit kelihatan lebih muda.

Kehilangan kolagen dan elastin menyebabkan kulit berkedut dan kendur. CoQ10 membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, kulit kelihatan lebih licin dan anjal disebabkan kurangnya kerosakan pada kolagen dalam kulit.

Meremajakan semula dan mencergaskan kulit yang rosak akibat penuaan.

CoQ10 merangsang kulit dengan menggalakkan pembaikan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, membuang toksin dan menjanakan semula sel-sel baru secara berkesan.






Boleh baca lagi kat 👉 SINI ye.


Berminat nak dapatkan supplemen Coenzyme Q10: CoQ-Trol Plus Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ni.

Comments

Popular Posts