Nutrien Untuk Jantung Yang Sihat

Assalamualaikum selamat hari Isnin 👋

Hari ni kita tengok nutrien untuk jantung yang sihat.

Hari demi hari jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel di dalam tubuh badan menerima nutrien penting supaya tubuh dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Jom pelihara jantung kita dengan memberinya nutrien yang terbaik iaitu Coenzyme Q10 (CoQ10) dan asid lemak Omega 3.

Bagaimana CoQ10 membantu jantung kekal sihat?

Mencergaskan dan menguatkan otot jantung.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 membantu mengembalikan kesihatan jantung dengan cara meningkatkan pengeluaran tenaga, menambahbaik pergerakan otot jantung dan seterusnya menguatkan jantung untuk jangka masa panjang.

Menambahbaik peredaran darah.

Sebagai antioksidan yang kuat, CoQ10 membantu melindungi salur darah daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pengumpulan plak di arteri seterusnya menambahbaik peredaran darah secara keseluruhan. Darah dapat mengalir dengan bebas melalui salur darah yang sihat tanpa halangan oleh plak.

Jantung dapat mengepam pada tahap optimum

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya ke seluruh tubuh yang akhirnya membawa kepada kegagalan jantung berfungsi. Kajian menunjukkan bahawa menambah CoQ10 dapat meningkatkan isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam setiap degupan. Hasilnya, ia memberikan cukup tenaga untuk jantung, mengoptimumkan keupayaan jantung mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Penggunaan statin iaitu ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol boleh mengurangkan pengeluaran semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Tambahan CoQ10 dapat membantu jantung berterusan menjadi kuat dan bekerja dengan efisyen.

Klik 👉 SINI untuk baca lagi.

CoQ-Trol Plus pembekal CoQ10


Bagaimana pula asid lemak Omega 3 membantu jantung kekal sihat?

Menyokong kesihatan salur darah

Asid lemak Omega 3 dikenali kerana manfaat anti-radangnya. Asid lemak Omega 3 sangat penting dalam membantu mencegah pembentukkan plak pada salur darah dan mengurangkan kemungkinan aterosklerosis atau dikenali sebagai penyempitan salur darah. Ini boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung.

Menyokong tekanan darah yang sihat.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega 3 membantu mengurangkan paras triglycerides (lemak dalam darah) dan mengawalselia tahap tekanan darah yang sihat.



Omega Guard pembekal asid lemak Omega 3

Jom klik 👉 SINI untuk baca.







Berminat nak dapatkan CoQ-Trol Plus dan Omega Guard ? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini 😊

Comments

Popular Posts