Vitamin C Membantu Menangani Tekanan

Assalamualaikum uolls

Semoga semua dalam keadaan kesihatan yang memuaskan insyaAllah.

Hari ni kita tengok pula tentang Vitamin C ye. Tentu ramai yang berfikir bahawa Vitamin C adalah vitamin untuk melegakan demam dan selesema. Tetapi tahukah uolls kajian mendapati bahawa Vitamin C juga boleh membantu menangani tekanan.

Apabila tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress iaitu kortisol. Kadar kortisol biasanya meningkat ketika orang mengalami tekanan jangka panjang seperti stress di tempat kerja atau stress dalam percintaan!


Gambar hiasan: Stress di tempat kerja


Gambar hiasan: Stress dalam percintaan

Kortisol menjejaskan:
  1. fungsi imun
  2. pengeluaran insulin
  3. kehilangan lemak sihat
  4. keradangan/inflamasi
Pada tahap kronik pula, kortisol yang tinggi boleh menyebabkan:
  • kecelaruan otak
  • berkurangnya tisu otot
  • menyekat fungsi tiroid
  • meningkatkan lemak pada bahagian perut.
Kajian telah membuktikan bahawa Vitamin C yang diambil dalam dos yang betul dapat membantu meredakan tekanan. Vitamin C berkesan untuk mengurangkan tekanan kerana ia membantu tubuh dengan segera "menyapubersih" kortisol dan kesan-kesannya yang memudaratkan kesihatan.

Walaupun hormon kortisol penting terutama ketika menghadapi perbalahan, perlawanan sukan atau perdebatan, kekerapan hormon ini meningkat di dalam tubuh akan menyekat fungsi normal sistem penghadaman, sistem pembiakan dan proses pertumbuhan pada kanak-kanak.

Vitamin C membantu mengawal kortisol dan menghalang tekanan darah daripada meningkat sebagai tanda tindak balas terhadap situasi tertekan. Lebih daripada itu Vitamin C membuatkan kita berasa lebih baik!

Malangnya tubuh kita tidak menghasilkan Vitamin C. Oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada makanan atau melalui supplemen kesihatan/makanan tambahan.

Boleh klik SINI dan SINI JUGA  untuk baca tentang Sustained Release Vita C Plus Shaklee.

Untuk mendapatkan Sustained Release Vita C Plus Shaklee uolls boleh lah whatsapp Kak Laili di 010-2904863 ok 😉



Comments

Post a Comment

Popular Posts