Resepi Berbuka Puasa - Pengat Keladi

Assalamualaikum

Hai semua. Macam mana puasa setakat hari ni? Letih-letih lagi tak ataupun dah terbiasa rasa OK je 😁

Hari ni Kak Laili share pula resepi untuk berbuka puasa iaitu Pengat Keladi daripada En. Mat Gebu di tiffinbiru.com

Pengat Keladi
oleh: tiffinbiru.com
(Terima kasih En. Mat Gebu 😀)

Gambar ihsan En. Mat Gebu dari tiffinbiru.com


BAHAN-BAHAN:

1 buku sederhana keladi minyak
1 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 liter santan cair
200 ml santan
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MEMBUAT:
  1. Keladi dikupas, dipotong dadu sederhana besar, dicuci dan direbus hingga sedikit lembut. Kemudian toskan.
  2. Gula melaka, gula pasir dan 1 helai daun pandan dimasak dengan 2 cawan air hingga gula larut. Kemudian tapis dan ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan keladi, baki daun pandan, santan cair dan sagu, masak hingga mendidih dan hingga keladi lembut.
  4. Tuang air gula, masukkan santan pekat dan tambah sedikit garam.
  5. Kacau dan biar mendidih. Kalau pekat boleh tambah sedikit air.
  6. Hidangkan panas atau sejuk.

Jom cuba pemanis mulut untuk berbuka puasa hari ni 👍

Comments

  1. Replies
    1. Hans cuba lah. Resepi En. Mat Gebu memang sedap ;)

      Delete
  2. sedapnyaaa.. tak pernah makan lg yg ini. selalu pengat pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa....boleh lah try lepas ni. untuk buka puasa hujung minggu nanti ;)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts