Khasiat Pisang Kaki

Assalamualaikum semua 👋

Siapa suka makan pisang kaki angkat tangan 🙋

Sedapkan pisang kaki ni. Bahasa Inggerisnya persimmon. Pisang kaki yang berwarna oren dan berkilat nampak seperti sebiji tomato. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin dan mineral yang boleh membantu kita lebih kuat, lebih sihat dan bertenaga. Pisang kaki juga dianggap sebagai 'buah dewa' di zaman Yunani purba.

Pisang kaki merupakan buah manis dan berair musim sejuk yang berasal dari Tenggara China dan termasuk dalam kumpulan buah-buahan keras. Ada empat variasi pisang kaki yang berbeza iaitu Jepun, Amerika, India dan pisang kaki hitam. Spesis-spesis ini mempunyai faedah nutrisi asas yang sama dengan sedikit perbezaan dari segi serat. Pisang kaki kaya dengan vitamin A, vitamin C, magnesium, kalium, beta-karotena dan vitamin B yang lain yang sangat penting seperti zeaxanthin, karotenoid dan mineral.



1) Melindungi sistem imun

Pisang kaki lebih merupakan buah musim sejuk kerana ia mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi. Vitamin C dianggap sebagai salah satu vitamin paling berkesan untuk sistem imun badan dan didapati dalam kebanyakan buah-buahan musim sejuk kerana badan akan lebih terdedah kepada bakteria dan virus pada musim sejuk. Sebiji pisang kaki sehari membantu tubuh melawan radikal bebas yang berbahaya. Ia membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih, satu proses yang mengurangkan risiko terkena pelbagai penyakit.

2) Untuk kesihatan jantung

Sebagai contoh sebiji pisang kaki lebih berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung daripada epal. Satu perbandingan di antara dua buah tersebut oleh sekumpulan penyelidik antarabangsa mendapati bahawa pisang kaki mengandungi konsentrasi serat yang lebih tinggi, mineral dan kompaun fenolik yang kaya dengan antioksidan membantu melawan aterosklerosis (penyakit di mana bahagian dalam arteri mengecil kerana pembentukan plak) yang merupakan punca utama penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

3) Membantu mengekalkan kesihatan mata

Sama seperti kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren, pisang kaki mengandungi kompaun yang bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan. Zeaxanthin yang merupakan salah satu daripada karotenoid dan memberi warna kepada buah antara merah ke kuning ditemukan dalam buah-buahan yang penting untuk kesihatan mata. Menurut satu kajian yang disiarkan dalam The Journal of Food Chemistry, terdapat perkaitan langsung di antara penggunaan Zeaxanthin dan kesihatan mata. Zeaxanthin bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan kemerosotan retina, rabun malam dan katarak.

4) Melindungi daripada kanser

Terdapat banyak nasihat perubatan untuk menggabungkan pelbagai jenis makanan yang berbeza untuk mengelakkan kanser daripada merebak. Pisang kaki adalah salah satu buah-buahan yang paling disyorkan untuk dimakan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pisang kaki mengandungi antioksidan yang membantu tubuh melawan radikal bebas yang memusnahkan sel-sel dan pembentukan tumor penyebab kanser. Kehadiran vitamin A dalam buah-buahan digabungkan dengan asid betulinic menguatkan sistem perlindungan badan dan membuang toksin yang mampu menukarkan sel-sel sihat menjadi kanser. Para penyelidik di Korea telah mencadangkan bahawa buah-buahan seperti pisang kaki dan limau mandarin boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tiroid dan menghalang perkembangan penyakit tersebut di peringkat awal.

5) Meningkatkan fungsi penghadaman

Pisang kaki dikenali sebagai buah yang kaya dengan serat yang sangat bermanfaat bagi memperbaiki proses penghadaman. Terdapat dua jenis sumber serat iaitu serat tidak larut dan serat larut. Serat tidak larut dikeluarkan secara langsung oleh tubuh badan dan tidak dihadam manakala jenis kedua dihadam dan membekalkan tubuh dengan nutrien yang penting. Serat yang ditemui di dalam pisang kaki membantu dalam pembersihan saluran penghadaman dan seterusnya mengelakkan sembelit. Di samping itu, satu lagi kelebihannya ialah keupayaan untuk mencegah jangkitan dubur dan juga membantu dalam rawatan dan pencegahan keadaan yang membawa kepada kanser kolon atau buasir.

6) Membantu menurunkan berat badan

Musim luruh dan musim sejuk dikenali sebagai musim menambah berat badan kerana ramai yang kurang melakukan aktiviti fizikal dan makan secara berlebihan untuk kekal hangat. Pisang kaki adalah pilihan yang sihat sebagai buah-buahan yang manis untuk menggantikan snek harian. Bukan sahaja pisang kaki hampir tidak mengandungi lemak, saiznya yang sederhana besar seberat 168 gram mempunyai hanya 31 kalori. Tambahan pula jumlah serat makanan di dalamnya mengandungi kira-kira 20% daripada pengambilan harian yang disyorkan dan menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan. Ini menjadikan pisang kaki snek yang sesuai untuk semua orang yang ingin menurunkan berat badan.

7) Perlindungan daripada penuaan pramatang

Selain vitamin C sebagai salah satu antioksidan yang paling berkesan dalam melindungi sistem imun, ia juga merupakan antioksidan yang berkesan terutamanya untuk kesihatan kulit. Vitamin C larut air jadi ia tidak terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu ia memerlukan pengisian tetap melalui makanan dan minuman. Lain-lain vitamin seperti A dan K juga membantu mengekalkan kesihatan kulit, mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan. Buah-buahan yang manis seperti pisang kaki mengandungi beta-karotena, zeaxanthin dan lutein yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan berperanan untuk melawan bahaya dalam tubuh badan yang dihasilkan oleh radikal bebas dan melindungi tubuh daripada penyakit-penyakit dan jangkitan.

8) Menghalang batu karang

Sebiji pisang kaki sehari membantu menghalang pembentukan batu karang kerana ia kaya dengan kalium iaitu mineral yang membantu melindungi buah pinggang daripada penyakit ini. Batu karang juga terjadi disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan, jadi pisang kaki boleh membantu mengelakkan masalah ini kerana kandungan kalsium yang agak tinggi.

9) Membantu menurunkan suhu badan

Pisang kaki mengandungi jumlah air yang agak tinggi oleh itu ia boleh menyejukkan badan lebih baik berbanding buah-buahan lain yang mempunyai peratusan jus yang lebih rendah. Saintis di Universiti Kyoto, Jepun mendapati bahawa memakan pisang kaki dalam kuantiti yang banyak menurunkan suhu badan. Walaupun pisang kaki dinamakan sebagai buah musim sejuk dan tidak disyorkan pada musim sejuk tetapi ia sangat berkesan apabila suhu badan meningkat disebabkan oleh demam. Oleh itu pisang kaki digunakan sebagai rawatan semula jadi yang lebih sihat.

Kesan-kesan sampingan jika mengambil pisang kaki secara berlebihan.

Walaupun pisang kaki mempunyai banyak khasiat terdapat juga kesan sampingan kepada orang yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Sebagai contoh:

1) Pisang kaki mengandungi tannin yang tinggi jadi jangan ambil ketika perut kosong kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit. Ambil pisang kaki dalam kuantiti yang sederhana walaupun selepas makan.

2) Orang yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengambil pisang kaki kerana ia boleh menurunkan tekanan darah dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

3) Kandungan gula dalam pisang kaki yang agak tinggi tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes.

4) Berhati-hati dan tidak keterlaluan jika memakan kulit pisang kaki kerana ia boleh menyebabkan sembelit yang teruk.

Kesimpulannya, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa setiap jenis makanan yang kita makan mempunyai kelebihan dan kadang-kadang ada kesan sampingannya. Walaubagaimanapun kebaikan buah ini masih melebihi keburukannya. Seperkara lagi, sentiasa tekankan kuantiti yang kita makan dan minum. Adalah lebih baik diambil secara bersederhana.

SUMBER


Comments

  1. Dulu mcm pelik bila dgr namandia tapi rupanya byk juga khasiatnya

    ReplyDelete
  2. Suka sgt pisang kaki ni..
    Dah mula musimnya ke laili..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  4. Thanks for shearing such a useful content about pure thca diamond myself being a user of thca isolate for decades now, have got some useful articles and contents i will like to update you with
    buy thca isolate online...

    ReplyDelete
  5. Buah pisang kaki memang terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts