Bagaimana Merawat Kesakitan Mengikut Pakar Pemakanan dan Dietitian

Assalamualaikum semua

Hari ni Kak Laili nak kongsikan bagaimana pakar pemakanan merawat 10 jenis kesakitan ni 👇

Ramai di antara kita bertanya kepada pakar pemakanan atau dietitian apabila kita ingin merancang menu yang akan membantu kita menurunkan berat badan. Dalam masa yang sama kita juga suka dapatkan nasihat profesional mereka dalam kes-kes di mana kita mula terasa pening, terasa bakal dijangkiti selesema atau sakit perut yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Semua ini adalah kes-kes di mana kita akan biasanya tercari-cari ubat di dalam laci. Tetapi tahukah uolls lebih baik cari ubat di dapur atau dalam peti sejuk dahulu. Jom kita tengok apa yang pakar pemakanan dan dietitian pilih untuk makan ketika mereka menghadapi sakit, dan mungkin kita boleh amalkannya sebagai ubat untuk segera sembuh.

1) Selesema atau flu.

Menurut dietitian Georgie Fear seorang pakar diet dalam gangguan gastrousus, cecair panas dapat membantu melegakan hidung tersumbat. Halia dan bawang putih boleh membantu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan sakit perut. Cecair adalah penting untuk sistem imun melakukan tugasnya seperti juga protein dalam ayam dan vitamin A dalam lobak merah. Ia membantu badan untuk melawan jangkitan selesema atau flu. Cecair panas seperti sup sayur membantu mencegah keradangan, cepat dan mudah untuk disediakan.

2) Sakit kepala.

Menurut Pamela Bede, dietitian sukan dan pakar sains pemakanan dari University of Miami, apabila terasa sakit kepala minum air terlebih dahulu dan jika ia masih belum berjaya menghilangkan sakit kepala tambahkan kafein yang kaya dengan antioksidan dan potassium. Ini kerana kebanyakan ubat-ubatan yang melawan sakit kepala mengandungi kafein. Kafein menyempitkan saluran darah di otak, menjadikannya satu penyelesaian yang cepat untuk meredakan sakit kepala yang teruk. Walau bagaimanapun, jika punca sakit kepala ialah stres, Debra Nessel, pakar diet dari Torrance Medical Center di California, mengesyorkan memakan segenggam badam. Badam melegakan sakit kepala akibat stres kerana ia mengandungi salicin, yang juga menjadi ejen popular dalam ubat penahan sakit. Oleh kerana itu, badam bertindak sebagai ubat semula jadi sentiasa membantu meredakan kesakitan.

3) Melegakan ketidakselesaan perut dan loya.

Caranya ialah dengan menambah sedikit serbuk halia ke dalam makanan ataupun teh hijau. Boleh juga menggunakan halia segar yang diparut. Cadangan ini adalah selaras dengan kajian yang dilakukan di University of Exeter di UK, di mana halia telah didapati membantu menghalang loya dan muntah-muntah sama ada perut yang tidak selesa seperti kembung atau berangin, mabuk laut atau mabuk udara dan juga akibat kemoterapi.

4) Serangan asma.

Walaupun mungkin tidak mampu mengelak daripada menggunakan inhaler 100%, dietitian Georgie Fear mengesyorkan memperlahankan proses keradangan yang boleh menyebabkan serangan asma dengan memakan blueberi atau raspberi sebagai pencuci mulut. Polifenol yang terkandung di dalam beri ini membantu mengurangkan sensitiviti sistem imun dan oleh itu berkesan dalam mengurangkan serangan.

5) Meredakan senggugut.

Proses-proses fisiologi dan hormon yang mengiringi kedatangan haid menyebabkan ramai wanita berkeinginan terhadap sesuatu yang manis. Tetapi gula yang diproses dalam coklat dan makanan ringan lain sebenarnya boleh menjejaskan lagi gejala-gejala haid. Gula semulajadi dalam buah-buahan mempunyai nilai glisemik rendah, jadi boleh dinikmati tanpa memburukkan lagi kesan-kesan sampingan semasa haid. Buah-buahan yang kaya dengan potassium membantu mengawal keseimbangan cecair dalam badan dengan itu mengurangkan kembung yang mungkin terjadi.

6) Kembung perut.

Ada orang kerap merasa kembung perut. Ini boleh membahayakan tabiat makan dan mengganggu kehidupan seharian. Menurut dietitian Alex Caspero yang mengkhusus dalam menyediakan menu khas untuk orang yang mengalami masalah ini beliau memilih untuk menambahkan makanan dengan 1-2 sudu teh kunyit. Kunyit mengandungi sejumlah besar bioflavonoids, bersama-sama dengan komponen-komponen lain yang mengawal selia sistem imun dan menghalang proses-proses keradangan yang menyebabkan kembung. Sebagai snek, Caspero memilih kacang edamame yang mempunyai banyak khasiat.




7) Kecederaan ketika bersukan.

Kejadian seperti mudah tercedera di gimnasium atau ketika berjogging boleh dikurangkan jika kita meningkatkan jumlah pengambilan protein dalam diet seharian. Satu kajian yang diterbitkan dalam Sports Medicine pada tahun 2015 mendapati bahawa kadar protein yang tinggi membantu badan lebih mudah pulih daripada kecederaan dan pada masa yang sama mengelakkan atlet daripada kehilangan otot. Menurut dietitian Georgie Fear, pada hari-hari yang dia merasakan dirinya terlalu letih disebabkan terlebih bersukan dia akan menggunakan daging lembu tanpa lemak untuk membuat sos pasta. Beliau juga mengesyorkan untuk menambah whey protein shake dan mendapat banyak rehat.






8) Kebimbangan melampau dan stres.

Serangan kebimbangan melampau boleh mengganggu hidup dan menyukarkan diri untuk melaksanakan tugas-tugas rutin. Ramai pakar pemakanan yang bersetuju bahawa kunci untuk membantu menghalang kebimbangan melampau ialah dengan pengambilan vitamin B iaitu vitamin B6 dan B12. Vitamin ini adalah penting untuk mengurangkan tahap kebimbangan, merehatkan otot-otot dan saraf dan membantu melawan kemurungan. Vitamin B boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau, kubis, bayam dan asparagus. Untuk mendapatkan manfaat vitamin B dalam dos yang tinggi, daging lembu membantu meningkatkan tahap tenaga dan ikan pula sumber serotonin, hormon pemberi perasaan selesa dan senang.

Klik SINI untuk info lagi.


9) Heat Flashes (haba/merasa hangat).

Heat flashes adalah satu fenomena yang boleh menyerang kedua-dua lelaki dan wanita, tanpa mengira tahap kesihatan keseluruhannya. Gejala heat flashes terjadi kepada mereka walaupun ketika cuaca sejuk. Kebanyakan pakar pemakanan bersetuju bahawa menambah di antara 1 hingga 2 sudu besar flaxseed ke dalam makanan membantu mengurangkan haba terutama ketika menopaus dengan ketara dan dalam tempoh yang singkat. Selain itu menambah makanan yang mempunyai vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan tomato juga membantu untuk melegakan kepanasan.




10) Alahan.

Jika mudah terkena alahan atau alergi, kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana makanan tersebut mengandungi bahan-bahan perisa dan pengawet yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Menurut Pamela Bede, dietitian sukan dan pakar sains pemakanan dari University of Miami jika mempunyai gejala-gejala seperti bersin yang berpanjangan disebabkan oleh terdedah kepada habuk, hama atau kulat, cuba tingkatkan jumlah pengambilan ikan seperti ikan salmon dan tuna. Kedua-duanya adalah makanan anti-radang yang boleh membantu melegakan alahan.



SUMBER


Jangan lupa kalau nak dapatkan suplemen kesihatan Shaklee whatsapp Kak Laili di 010-2904863 ok!

Comments

Popular Posts